Ibu Dedah Perbualan Berbaur Ugutan Diterima Zara Qairina – “Kalau Aku ‘Touch-Touch’ Kau Ni..”

Berita

Ibu Dedah Perbualan Berbaur Ugutan Diterima Zara Qairina – “Kalau Aku ‘Touch-Touch’ Kau Ni..”

Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu yang berusia 13 tahun, telah membuat laporan polis tambahan bagi menggesa agar kematian anaknya disiasat dengan lebih menyeluruh, memetik Sinar Harian.

Laporan terbaharu itu difailkan oleh Noraidah Lamat, 45, selepas beliau mempunyai rakaman audio perbualan antara dirinya dan arwah Zara, yang mengadu diganggu oleh pelajar senior di sekolah.

Advertisement

ibu dedah perbualan ugutan 'kak M' kepada zara qairina

Perkara ini disahkan menerusi kenyataan media daripada peguam yang mewakilinya, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, pada Jumaat.

Pada 30 Julai 2025, anak guam kami telah memfailkan satu laporan polis tambahan di Balai Polis Sipitang memohon agar pihak polis menyiasat kes kematian Zara secara teliti.

Ini kerana beliau mempunyai rakaman perbualan telefon dengan Zara yang mana anaknya memaklumkan bahawa terdapat pelajar-pelajar senior yang sering mengganggu atau membulinya.

Antaranya ialah ‘Kak M’ yang pernah mengugut Zara dengan berkata ‘kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni’.

Peguam turut memaklumkan bahawa dalam laporan polis itu, Noraidah menyuarakan keraguan terhadap punca kematian anaknya yang didakwa akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah.

Wajah Zara tidak mempunyai kecederaan fizikal, lebam atau luka yang lazimnya berkait dengan kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Ini ditambah lagi dengan tindakan pihak sekolah yang meminta anak guam kami agar tidak membuat laporan polis.

Sehubungan itu, pihak peguam memaklumkan bahawa anak guam mereka berpandangan bahawa bedah siasat sewajarnya dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Ini kerana tidak ada bedah siasat dilakukan terhadap mayat Zara sebelum beliau dikebumikan. Bedah siasat akan membantu siasatan pihak polis dalam menentukan punca sebenar kematian Zara.

“Dalam laporan polisnya, anak guam kami memohon agar kubur Zara digali semula bagi tujuan inkues,” kata mereka lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan ahli keluarga TYT Tan Sri Musa Aman dalam kes adik zara
2025-08-01 08:34:15

Istana Seri Kinabalu Nafi Penglibatan Ahli Keluarga Tun Musa Aman Dalam Kes Adik Zara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...