Ibu Dedah Kisah Sebenar Di Sebalik Video Viral Anak Bergaduh Tiup Lilin

Trending

Ibu Dedah Kisah Sebenar Di Sebalik Video Viral Anak Bergaduh Tiup Lilin

Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila seorang kanak-kanak dilihat mengamuk di majlis hari jadinya selepas kakaknya bertindak meniup lilin di kek sempena sambutan kelahirannya yang ke 3 tempoh hari.

Rakaman video tersebut menyaksikan seorang kakak berebut meniup lilin kek milik adiknya, Maria Eduarda sehingga mencetuskan pergaduhan. Maria Eduarda bertindak menarik rambut kakaknya berulang kali susulan tidak berpuas hati dengan insiden tersebut.

Advertisement

Bagaimanapun, reaksi kakaknya yang membuat muka sebaik berjaya meniup lilin itu mendapat perhatian netizen.

Advertisement

Hal ini demikian kerana, bahasa badan yang ditonjolkan kakaknya seakan mencerminkan rasa puas di atas perbuatan tersebut.

Susulan kejadian, rata-rata warganet khabarnya terhibur dengan kenakalan adik beradik ini, malah ada juga yang tidak berpuas hati dengan tindakan kanak-kanak itu.

Untuk rekod, kejadian tersebut berlaku di bandar Pato Branco, di Brazil dan dirakam oleh ibunya sendiri, Gabriela Aureluk. Ibu mereka difahamkan tidak sangka video yang dikongsikan itu kini kian tular sehingga ramai yang bertindak membuat meme mengenai situasi tersebut. 

Menjengah ke ruangan komen, jelas kelihatan warganet turut memberi pandangan mengenai situasi lucu ini sehingga ada yang menyamakan kejadian itu seperti dalam drama-drama sinetron dan kanak-kanak itu sesuai bergelar pelakon.

Sumber: en24

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...