Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin kekal dengan pendiriannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan reputasinya.
Fattah yang ditemui media berkata keputusan mahkamah harini memberi peringatan bahawa masyarakat perlu lebih berhati-hati ketika menulis sesuatu di media sosial.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang cuba menjejaskan reputasi saya.
Keputusan mahkamah ini juga boleh dijadikan amaran kepada orang ramai supaya tidak menabur fitnah tanpa bukti.
Fattah juga enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan saman bernilai RM5 juta yang difailkan namun menyerahkan perkara tersebut kepada mahkamah.
Saya tidak boleh ulas tentang jumlah itu, tetapi ia ada sebabnya. Lagipun mahkamah sudah memerintahkan injuksi terhadap pihak terbabit.
Saya hanya manusia biasa, tetapi apabila fitnah itu sampai memberi kesan kepada ibu, anak dan juga klien saya, maka kami rasa sudah tiba masa untuk ambil tindakan.
Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.