Ibu Dan 2 Anak Derita Sakit Kulit, Harap Gaji Suami RM850 Sebulan

Trending

Ibu Dan 2 Anak Derita Sakit Kulit, Harap Gaji Suami RM850 Sebulan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tidak cukup dengan diri sendiri menghidapi penyakit kulit sejak remaja, kini kedua-dua anak kepada ibu berusia 29 tahun inj turut mengalami nasib yang sama.

Advertisement

Sudahlah terseksa menanggung penyakit ekzema, mereka sekeluarga juga dihina dan disisih oleh masyarakat sekeliling kerana menganggap mereka sekeluarga membawa penyakit berjangkit.

Terkesan akibat tohmahan orang ramai di sekeliling, tiga beranak itu memencilkan diri dan menghabiskan sebahagian besar masa mereka setiap hari di dalam rumah saja.

Tiga beranak berkenaan yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Seksyen 8, Kota Damansara, Kuala Lumpur.

Ibu malang berkenaan, Nurul Ain Abdullah, berkata yang doktor telah mengesan kudis di telinga dan muka anak sulungnya, Lela Safiya Azmi kini berusia dua tahun, ketika kanak-kanak itu mengambil suntikan vaksin sewaktu usianya dua bulan.

Masalah kulit dialami Lela Safiya menjadi semakin serius sejak setahun lalu hingga menyebabkan dia kebingungan, selain tertekan akibat tohmahan orang ramai.

“Masalah sama dihadapi adik Lela Safiya, Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi yang kini berusia enam bulan, sejak dua bulan lalu.

“Keadaannya lebih serius berbanding kakaknya apabila badan Muhammad Nayl Safiy dipenuhi kudis menyebabkan kegatalan.” 

Dia telah membawa kedua-dua anaknya ke Hospital Sungai Buloh dan doktor sahkan mereka menghidap demam campak. Tapi kalau demam campak, kenapa sampai sekarang masih tak baik-baik lagi?

Bukan itu sahaja, dia juga bercadang untuk rujuk anak-anaknya ke pakar kulit, tapi kos perubatan tinggi membantutkan hasrat itu.

“Memang saya ada ekzema tapi saya khuatir masalah kulit dialami anak disebabkan penyakit lain”

Kehidupan tiga beranak itu penuh cabaran apabila hanya bergantung kepada sumber pendapatan suami, Shahrul Azmi Aziz, 27, sebanyak RM850 sebulan sebagai kelindan lori.

“Pernah suatu ketika saya terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang daripada ibu saudara dan adik-beradik semata-mata mahu beli ubat serta makanan untuk anak.

“Sebagai ibu, saya rela berlapar dan mendahulukan keperluan anak termasuk membeli ubat untuk mereka.”

Gaji suaminya cuma RM850, sewa rumah pula RM250, tapi kos ubat-ubatan dua beradik ini dan perbelanjaan harian kami RM1,200. Pendapatan bulanan itu memang tak mampu tampung keperluan mereka semua.

Meskipun diduga dengan pelbagai penyakit namun dia bersyukur masih mampu meneruskan kehidupan dan mengharapkan orang ramai dapat mendoakan serta berkongsi pengalaman bagi memulihkan kembali dua anaknya.

Orang ramai mahu membantu meringankan beban keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 162085464155 Nurul Ain Abdullah.

Sumber:Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...