Ibu Dalam Pantang Cuba Bunuh Diri, Jerut Leher Guna Tudung

Trending

Ibu Dalam Pantang Cuba Bunuh Diri, Jerut Leher Guna Tudung

Di Kota Bharu Kelantan, seorang wanita dalam pantang bertindak di luar kawalan apabila membuat cubaan menjerut leher sendiri. Memetik laporan Sinar Harian, wanita tersebut dikatakan mengikat kain pada jendela sebuah bilik di rumahnya di Jalan Pasir Hor Ahad lalu.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumbuh, Penolong Penguasa Bomba, El Taraff Mohd Zachariah, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari suami memberitahu isteri mengunci diri dalam bilik.

Advertisement

“Sebaik tiba di rumah itu, kita berusaha memanggil wanita berkenaan tetapi tidak diendahkan. Oleh kerana itu, anggota bomba terpaksa bertindak memecahkan pintu bilik menggunakan paratech rescue tool

Selepas pintu berjaya dibuka, wanita berkenaan didapati berada dalam keadaan terbaring di atas katil dengan muka yang pucat.

“Melihat kepada situasi tersebut, kita tidak menolak kemungkinan mangsa cuba membunuh diri.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan selanjut.”

Tambahnya lagi, wanita berusia 38 tahun itu baru sahaja melahirkan bayi kembar pada 11 April lalu. Mengikut dakwaan suami, isteri sebelum ini pernah cuba berbuat demikian walau bagaimanapun gagal.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...