Sejak petang semalam, nama pengarah terkenal Syamsul Yusof menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia membuat sidang media berhubung konflik rumah tangganya.
Ketika sesi itu, bapa kepada dua anak tersebut ada berbicara tentang ibunya, Datin Patimah Ismail yang tidak merestui perkahwinan keduanya dengan Ira Kazar.
Jelas Syamsul, dia mengerti keadaan ibunya yang sangat sedih dengan apa yang berlaku dan tidak berkecil hati dengannya kerana menyebelahi isteri pertama, Puteri Sarah Liyana.
Pengarah Mat Kilau itu turut memohon maaf kerana telah melukakan hati ibunya apabila dia membuat keputusan untuk bernikah dengan Ira pada Januari lepas.
Syamsul turut menepis kata-kata ibunya yang menuduh isteri keduanya menggunakan sihir dan menegaskan bahawa dia memang sudah membuat pilihan.
Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi. Tapi saya buat solat istikharah. Orang cakap Ira adalah orang yang buat (sihir). No! Saya yang buat pilihan (berkahwin dua). Saya lelaki dan saya buat istikharah. Bukan Ira yang mengganggu, tidak begitu. Saya yang buat keputusan.”
Dalam pada itu, pengarah berusia 39 tahun itu akui mempunyai perancangan untuk berjumpa dengan kedua orang tuanya.
@ohbulanofficial Syamsul Yusof jelaskan kenapa dia perlu saman nusyuz Puteri Sarah. #ohbulan #fyp #sembangentertainment #sebab #syamsulyusof #saman #nusyuz #puterisarahliyana #pressconference