Ibu Berebut Duit ‘Salam Kaut’ Majlis Anak Sendiri, Sampai Bergaduh Dengan Keluarga Besan – “Rupanya Kakak Ipar Yang ‘Sponsor’ Kahwin”

Kehidupan

Ibu Berebut Duit ‘Salam Kaut’ Majlis Anak Sendiri, Sampai Bergaduh Dengan Keluarga Besan – “Rupanya Kakak Ipar Yang ‘Sponsor’ Kahwin”

Satu perkongsian di aplikasi X baru-baru ini telah mencuri tumpuan warga maya apabila seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila terlibat dalam situasi yang telah memecah belahkan keluarganya akibat sikapnya sendiri.

Adik beradik berebut duit ‘salam kaut’ kenduri

Dalam hantaran tersebut, wanita berkenaan yang tidak didedahkan identiti berkongsi situasi di mana adik lelakinya yang bekerja sebagai pemandu lori telah bernikah dengan gadis pilihan yang bekerja sebagai kerani di sebuah balai polis.

Advertisement

salam kaut

Salam kaut

Menurut cerita si adik lelaki, dia yang menguruskan segala persiapan perkahwinan yang hampir mencecah RM35,000.

Ibu & kakak tak puas hati duit beri kepada keluarga mentua

Usai sahaja majlis perkahwinan yang dirancang, adik wanita itu memaklumkan dia telah menyerahkan sejumlah wang ‘salam kaut’ yang diberikan tetamu bernilai RM18,000 kepada keluarga mentuanya.

salam kaut

Gara-gara itu, si kakak dan ibu pengantin lelaki mula ‘bising’ dan tidak puas hati apabila kesemua duit tersebut diberikan kepada ibu bapa mentuanya.

Salam kaut

Rupa-rupanya keluarga mentua yang ‘sponsor’ kahwin

Membuatkan kisah itu menjadi lebih ‘plot twist’, rupa-rupanya kakak ipar kepada pengantin lelaki itu yang memberi ‘modal’ untuk membuat majlis kahwin dan si pengantin kedua-duanya hanya melabur sebanyak Rm7,000 setiap seorang.

Malah, keluarga itu turut menghina keluarga pengantin perempuan dengan ayat memalukan, di luar pengetahuan si pengantin lelaki.

salam kaut

salam kaut

Kejadian itu kemudiannya membuatkan kedua-dua belah keluarga bermasam muka dan bergaduh sehingga membuatkan pengantin lelaki dan isterinya tertekan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan sikap si ibu dan kakak pengantin lelaki yang ‘lebih sudu daripada kuah’.

Ramai juga yang meluahkan rasa simpati dengan pengantin lelaki dan isterinya yang terpaksa menjadi ‘mangsa keadaan’ kepada keluarga yang tamak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

8 months ago

"Sampai Tak Tidur Malam, Susah Hati Sangat - Baru Habis Pantang, Wanita Gembira Hamil Anak Kedua Tapi Bimbang Disindir 'Nurse'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : x

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...