Sedia maklum, pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani baru saja bercerai dengan suaminya, Antonio Dedola sebulan yang lalu tetapi satu khabar angin yang menular baru-baru ini sememangnya membuatkan ramai tertanya.
Khabar angin tersebut mengatakan anak perempuannya iaitu Laura Meizani kini sedang bercinta dengan bapa tirinya itu dan ia mula tercetus setelah Laura berkongsikan foto bersama Antonio di laman Instagramnya.
Tidak mahu mendiamkan diri, Laura atau mesra dipanggil Lolly itu tampil menjelaskan bahawa dirinya memang rapat dengan bapa tiri serta hanya menganggap jejaka itu sebagai bapanya saja.
Katanya lagi, meskipun ikatan perkahwinan Antonio bersama ibunya tidak berkekalan, Laura sangat gembira dengan kehadiran jejaka itu menjadi bapanya.
Sekadar info, Nikita Mirzani dan Antonio mendirikan rumah tangga pada Januari awal tahun lalu tetapi sayangnya hubungan mereka hanya berkekalan untuk jangka masa yang pendek saja.