Ibu Baru Bersalin Maut Kerana Ubat Kurus

Trending

Ibu Baru Bersalin Maut Kerana Ubat Kurus

Kita sering diberitahu untuk menjaga hati suami, isteri hendaklah sentiasa kelihatan cantik. Disebabkan itu, ramai melakukan berbagai kaedah untuk mencantikkan diri. Ada yang mendapatkan rawatan dari mereka yang tidak bertauliah, dan demi kurus, ada yang sanggup menelan ubat.

Tetapi agak menyedihkan apabila ada yang meninggal dunia kerana menelan ubat kurus kerana ingin mengurangkan berat selepas bersalin.

Advertisement

Standard kecantikan telah mengambil nyawa kawan saya. Dia ditemui tidak bernyawa kerana terlebih dos ubat kurus. Dia meninggalkan dua anak, salah seorang hanya tiga bulan. Al-Fatihah.

Tweet tersebut turut mendapat perhatian pakar buah pinggang tempatan, Dr. Rafidah Abdullah yang berkata ia bukan kali pertama ia berlaku:

Adalah perkara normal bagi ibu lepas bersalin untuk menambah berat badan. Apa yang penting ialah menggunakan kaedah yang selamat untuk menurunkannya.

Ubat kurus tidak dapat dijamin keberkesanannya dan dalam banyak segi membawa kesan buruk. Diet yang bersesuaian boleh membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan selepas bersalin. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...