Melalui laporan Sinar Harian, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) difahamkan menjadi pilihan utama para ibu bapa yang bukan berbangsa Cina menghantar anak mereka.
Jumlah pelajar bukan Cina naik mendadak
Pada tahun 1989, hanya sebanyak 3.08 peratus saja pelajar sekolah yang bukan berbangsa Cina belajar di SJKC, tetapi pada 2020, ia melonjak hingga 19.75 peratus.
Difahamkan, antara faktor ibu bapa memilih SJKC sebagai tempat pendidikan anak-anak kerana yakin sistem pembelajaran lebih berkualiti dan disiplin murid yang tinggi.
Membantu di masa depan
Malah, mereka juga yakin bahawa penguasaan bahasa Cina akan membuka banyak peluang untuk anak-anak di masa akan datang.
Dalam pada itu, kehadiran SJKC yang berada di kawasan berdekatan perumahan juga merupakan salah satu faktor peratusan murid bukan berbangsa Cina belajar di SJKC.