Ibu Bapa Wajib Simpan Duit Untuk Anak, Sewaktu Umur Anak Masuk 6 Bulan

Trending

Ibu Bapa Wajib Simpan Duit Untuk Anak, Sewaktu Umur Anak Masuk 6 Bulan

Zaman sekarang ini, adalah penting para ibu bapa membuat simpanan untuk anak-anak ketika usia mereka masih bayi demi masa depan mereka.

Advertisement

Lebih-lebih lagi harga barang atau perkhidmatan semakin hari semakin naik, maklumlah negara kita mengejar status negara maju, tetapi gaji pula tidak begitu diutamakan.

Berapa yang perlu disimpan setiap bulan untuk masa depan anak-anak?

1. Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat sewaktu anak berumur 6 bulan.

2. Simpan duit anak secara konsisten ke akaun Tabung Haji anak. Contohnya, RM30 sebulan (RM1.00 sehari).

3. Buat direct debit bagi memudahkan urusan.

4. Jika anda buat potongan gaji setiap bulan, ia lebih menyenangkan.

5. Selepas 17 tahun, ibu bapa perlu membuat persediaan anak bagi melanjutkan pengajian. Anak kita sudah ada lebih RM10,000.

Nilai Prinsipal: RM6,220
Nilai Dividen: RM4,706
Jumlah Simpanan: RM10,926

6. Ini tidak termasuk lagi duit raya yang diterima oleh anak setiap tahun, duit tabungan anak dan lain-lain. Jumlahnya akan meningkat lebih banyak.

7. Ibu bapa seringkali terguna duit anak bagi tujuan yang penting. namun begitu ibu bapa wajib menggantikan duit yang telah digunakan. Anak pun tak sedih hati.

8. Beringatlah, simpanan hari ini akan memudahkan hidup anak kita di kemudian hari.

Kredit : Nur Izah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...