Ibu bapa mana saja tidak sedih apabila anak yang sudah meninggal dunia tidak dapat dikebumikan dengan segera atas sebab duit yang tidak dapat dibayar oleh mereka.
Seperti pasangan Indonesia ini, mereka memaklumkan jasad anaknya tidak dikebumikan hanya kerana mereka tidak mampu untuk membayar bil perubatan hospital sebanyak 2.3 Juta Rupiah (RM697).
Biarpun reda dengan pemergian anak kesayangan, mereka tetap berasa terkilan kerana jenazahnya tidak dapat dikebumikan dengan segera.
Setelah dua hari dirawat dalam hospital, bayi berkenaan meninggal dunia dan kerana pasanagn itu tidak dapat membayar bil perubatan, jenazah anaknya pun ditahan.
Merumitkan lagi keadaan yang sedang berlaku, pasangan tersebut tidak mempunyai sebarang surat untuk membuktikan diri mereka merupakan golongan asnaf.
Bagaimanapun, tangisan mereka terubat kerana seorang Ketua Polis Karimun, Tony Pantano telah membantu untuk bayarkan bil perubatan arwah anaknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.