Ibu Bapa Terima Pampasan RM490,000 Selepas Anak Maut Semasa Dalam Tahanan Reman Akibat Kecuaian

Trending

Ibu Bapa Terima Pampasan RM490,000 Selepas Anak Maut Semasa Dalam Tahanan Reman Akibat Kecuaian

Ibu bapa kepada mendiang R Anilraj dianugerahkan pampasan sebanyak RM490,000 selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kakitangan penjara dan doktor cuai dalam memberikan rawatan kepadanya semasa dalam tahanan.

R Anilraj merupakan penjaga parkir telah ditahan reman di Penjara Sungai Buloh bermula 11 April 2018 selepas didakwa di Mahkamah Sesyen atas kesalahan memiliki dadah.

Advertisement

Hakim Khadijah Idris berkata  berkata pegawai penjara telah melanggar kewajipan statutori mereka di bawah Akta Penjara 1995 dan peraturan berkaitan.

keputusan mahkamah

Gambar hiasan

Khadijah juga memutuskan doktor yang bertugas di klinik cuai dalam menjalankan tugas mereka. Tambah beliau, kerajaan secara vikarius bertanggungjawab atas kecuaian kakitangannya dan doktor, selain memerintahkan defendan membayar RM150,000 sebagai kos kepada ibu bapa mendiang.

Ibu bapa mendiang dianugerahkan  pampasan sebanyak RM100,000 untuk kesakitan dan penderitaan, RM300,000 untuk ganti rugi teruk, RM20,000 untuk ganti rugi khas, RM60,000 untuk kehilangan sokongan, dan RM10,000 untuk kesedihan.

Menurut fakta kes, Anilraj ditemukan meninggal dunia oleh rakan sel pada 18 Disember 2018 dan bedah siasat mendedahkan punca kematian adalah akibat batuk kering (tuberkulosis).

Justeru itu, ibu mendiang, R Uthaya Sundari dan bapanya, R Ravichandran telah membuat tuntutan mengatakan anak mereka sihat dan tidak menghidap tuberkulosis sebelum ditahan.

sel tahanan reman

Gambar hiasan

Pasangan tersebut telah menamakan pegawai kanan dan warden penjara, tiga orang doktor dari klinik penjara Sungai Buloh, serta kerajaan sebagai defendan dalam saman difailkan pada 2021.

Anilraj mengadu sakit pada bulan Julai dan telah mendapatkan rawatan perubatan namun menjelang Oktober, dia mengalami demam dan batuk berpanjangan.

Anilraj kemudian dibawa ke klinik dan dirawat oleh tiga doktor namun ibu bapanya mendakwa doktor tersalah diagnosis dengan menyatakan anaknya menghidap masalah perut dan jangkitan saluran pernafasan atas tanpa mempertimbangkan kemungkinan tuberkulosis paru-paru.

pesakit jumpa doktor

Gambar hiasan

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

9 months ago

Mahkamah Tinggi Putuskan Kematian Pegawai Kadet TLDM Enam Tahun Lalu Sebagai Kes Bunuh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : FMT

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...