Memilih produk penjagaan bayi bukanlah satu perkara yang mudah, ini kerana kulit bayi tidak sama dengan kulit orang dewasa dan memerlukan penjagaan yang lebih teliti dan produk penjagaan yang khusus buat mereka.
Walaupun di pasaran terdapat banyak produk penjagaan bayi yang ditawarkan, adakah anda tahu bagaimana untuk memilih produk terbaik untuk penjagaan kulit bayi anda? Kalau anda masih ragu-ragu, jom kami kongsikan tips daripada pakar dermatologi tentang cara untuk memilih produk penjagaan bayi yang terbaik.
PERHATIAN! Semak 6 perkara ni sebelum membeli produk penjagaan bayi!
Pernah tak anda terfikir, mengapa bayi memerlukan produk penjagaan khusus?
Jawapan mudah sahaja, ini kerana kulit bayi adalah 30 peratus lebih nipis berbanding orang dewasa. Jadi oleh sebab itu bayi memerlukan penjagaan yang lembut dan melindungi kulit mereka.
Bagi memudahkan ibu bapa memilih produk yang sesuai, Dr Leong Kin Fon seorang pediatrik dermatologi telah berkongsi 6 perkara yang ibu bapa perlu titik beratkan sebelum membuat pembelian produk penjagaan bayi antaranya ialah:
Perlu:
1. Pilih produk yang mempunyai keseimbangan pH
2. Produk yang mampu memberi kelembapan secara mendalam
3. Menggunakan produk yang mengandungi bahan semulajadi
Elakkan:
4. Produk penjagaan yang mengandungi alkohol
5. Produk penjagaan yang mengandungi pewarna
6. Produk penjagaan yang mengandungi paraben
99% Para Ibu Mempercayai Rangkaian Produk NIVEA BABY
Susah nak cari produk penjagaan bayi yang memenuhi kriteria diatas? Rangkaian NIVEA BABY kan ada!
Untuk pengetahuan anda, rangkaian produk NIVEA BABY dirumus khas oleh pakar pediatrik dan kulit di Jerman. Ia mengandungi pelbagai bahan semulajadi yang baik untuk membantu membersihkan kulit bayi anda yang halus dengan lembut.
Paling penting sekali untuk ibu bapa, rangkaian ni bebas alkohol, pewarna, dan paraben jadi ianya sesuai dan selamat untuk kegunaan harian si manja anda!
Cuaca panas di negara kita ni semakin menjadi-jadi kan? Kulit bayi sangat lembut dan sensitif, oleh sebab itu ibu bapa perlu berikan tumpuan rapi terhadap penjagaan kulit si manja untuk mengelakkan daripada masalah kulit seperti iritasi, kering, melecet dan ruam.
Tahukah produk NIVEA BABY yang mana wajib ada untuk ibu bapa sekarang?
Jawapannya tentulah NIVEA BABY Head to Toe Shampoo & Bath yang menggabungkan formula mandian dan syampu dalam satu botol yang mudah digunakan untuk sesi mandian bayi anda.
Ia mengandungi bahan semulajadi seperti ekstrak Calendula yang mampu membersihkan kulit dan rambut bayi yang halus tanpa menyebabkan kekeringan. Selain itu, produk ini juga tidak memedihkan mata bayi malah melindungi dan melembutkan kulit si manja anda secara mendalam.
Selepas mandi menggunakan NIVEA BABY Head to Toe Shampoo & Bath, jangan lupa untuk sapukan BABY Gentle Touch Moisturising Lotion. Ia dirumus khas dengan Aloe Vera yang membantu memerangkap lembapan secara mendalam dan memastikan kulit si manja anda kekal mulus dan lembut sepanjang hari.
Cara menggunakan NIVEA BABY Gentle Touch Moisturizing Lotion
-Picit produk NIVEA BABY Gentle Touch Moisturising Lotion pada telapak tangan anda
-Sapukan ke badan si manja secara rata
-Urut dengan lembut pada keseluruhan badan
Tahukah para ibu? Urutan lembut boleh membuatkan bayi anda berasa disayangi dan juga membantu si manja tidur dengan lebih lena.
Masa mandi lebih menyeronokkan dengan NIVEA Kids
Bukan bayi sahaja yang perlukan penjagaan kulit khusus, kanak-kanak yang sedang membesar juga memerlukan perhatian yang sama. Ini kerana pada peringkat umur kanak-kanak mereka sedang aktif, oleh itu rangkaian pembersih yang terbaik sangat penting untuk membantu melindungi kulit mereka.
Bagi anak yang berumur 3 tahun ke atas, anda boleh menggunakan produk NIVEA Kids. Sama seperti NIVEA BABY, rangkaian NIVEA Kids telah diuji oleh pakar dermatologi dan pakar kanak-kanak. Ia mengandungi bahan semula jadi seperti Bio Aloe Vera dan produk ini juga bebas alkohol, sabun serta pewarna tambahan.
Rangkaian ini mempunyai 2 wangian iaitu Sparkle Berry dan Magic Apple bagi untuk pilihan anak anda, yang pasti membuatkan masa mandian menjadi lebih menyeronokkan! Kandungan perapi di dalamnya juga membantu melembutkan rambut anak anda supaya tidak bergumpal dan mudah untuk disikat.
Menerusi satu kajian yang dilakukan, 100%** ibu memperakui NIVEA Kids 2 in 1 Shampoo & Bath mempunyai wangian buah-buahan yang disukai kanak-kanak.
97%** para ibu bersetuju mereka akan membeli produk NIVEA Kids serta akan mencadangkannya kepada yang lain.
Manakala 98%** para ibu bersetuju NIVEA Kids merupakan pembersih yang lembut pada kulit anak mereka.
Bertukar ke produk penjagaan NIVEA untuk berikan si manja perlindungan yang terbaik!
Jom jadi ibu bapa yang prihatin terhadap penjagaan diri anak-anak dengan memberikan perlindungan terbaik menggunakan rangkaian produk NIVEA BABY dan NIVEA Kids.
Dapatkan rangkain produk penjagaan NIVEA BABY dan NIVEA Kids di Shopee hari ini bagi menikmati 10 peratus diskaun. Klik SINI untuk pembelian.
Untuk info lanjut mengenai produk ini, anda boleh layari https://www.nivea.com.my/products/babies-kids/kids
*99% para ibu bersetuju bahawa mereka mempercayai penggunaan NIVEA BABY Y kerana ia bebas daripada paraben dan pewarna. Tinjauan dijalankan antara 15/8/18 dan 26/10/18 dengan 241 penguji Home Tester.
**Berdasarkan tinjauan terhadap pengguna di www.tryandreview.com.