Impian seorang remaja 18 tahun untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti ditentang habis-habisan oleh kedua ibu bapanya yang sudah mempunyai rancangan sendiri untuk anak mereka.
Kata remaja itu, ibu bapanya bertegas memintanya untuk bekerja dan menampung pendapatan serta perbelanjaan keluarga dengan gaji asas hanya sebanyak RM1,800.
Aku tak dapat sambung belajar disebabkan kewangan keluarga, kalau aku mohon bantuan kerajaan pun mereka tetap tak bagi.
Tambah remaja itu, ibu bapanya menyuruh dia membantu bayar semua bil-bil rumah meskipun pendapatan bulanan tersebut bukanlah jumlah yang besar.
Mereka suruh aku tolong sambung bayar bil rumah dengan gaji RM1,800 jumlah yang dah campur dengan OT.

Gambar hiasan
Ibu halang simpan duit banyak sangat
Meskipun dia mencuba untuk menyimpan agar dapat sambung belajar pada tahun depan namun usaha tersebut dihalang ibunya kerana alasan masalah kewangan keluarga.
Ibunya menghalang remaja itu menyimpan RM600 sebulan sebaliknya hanya membenarnya RM200 sahaja disimpan daripada jumlah gaji.
Baki tu guna bayar barang rumha. Bulan Ogos pula saya kena tolong bagi RM500 untuk bayar cukai jalan kereta ayah. Nak buat lesen pun mereka tak bagi.

Gambar hiasan
Dia juga tidak dibenarkan untuk menukar kerja kerana takut gaji yang diperoleh nanti lebih rendah berbanding pendapatannya sekarang.
Luahan remaja itu meraih perhatian dan mendapat simpati daripada netizen dan rata-ratanya meluahkan rasa marah terhadap ibu bapanya yang melepaskan tanggungjawab kepada anak.
Dalam pada itu, netizen turut menyifatkan tindakan ibu bapa remaja tersebut sebagai memetingkan diri dan berkata ayah sepatutnya bertanggungjawab menanggung keperluan keluarga mereka.