“Ibu Bapa Saya Tak Pernah Kahwin Pun..” – Akui Anak Tak Sah Taraf, Myra Natasya Terpaksa Tipu Demi Jaga Nama Baik Bapa

Hiburan

“Ibu Bapa Saya Tak Pernah Kahwin Pun..” – Akui Anak Tak Sah Taraf, Myra Natasya Terpaksa Tipu Demi Jaga Nama Baik Bapa

Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan pelakon Myra Natasya yang mengakui dirinya merupakan anak luar nikah kepada penyampai radio Halim Othman.

Tipu demi jaga nama baik

Menurut Myra, dakwaan Halim dan ibunya yang pernah berkahwin di Thailand itu adalah palsu bagi menjaga nama baik penyampai radio itu. Myra mengakui dia terpaksa berbohong kepada media ketika dirinya menceburi bidang seni.

Advertisement

Ibu bapa saya tak pernah berkahwin pun. Apabila saya ceburi bidang seni, saya beritahunya jangan risau dan akan lindungi nama baiknya dan beritahu media mereka bernikah di Thailand.

 

Saya terpaksa menipu ketika membuat kenyataan kepada media.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Myra Natasya (@myra.natasyaa)

Halim tukar sijil lahir Myra

Tambahan pula, yang membuatkan aktres ini bertekad untuk mendedahkan perkara tersebut adalah kerana kurang senang dengan tindakan bapanya yang menukar sijil kelahiran asalnya tanpa kebenarannya.

Didakwa Halim telah memasukkan namanya di bahagian maklumat bapa dalam sijil tersebut tiga tahun lalu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Saya tak perlu minta izin awak (Myra). Tanpa gen saya, awak takkan wujud. Bersyukurlah.

ss

Sekadar info, pada April 2022, Myra telah mendedahkan bahawa dia tidak berbintikan Hali kerana ibu dan bapanya telah bernikah di Thailand pada 1995. Tambah Myra, mereka telah bercerai ketika usianya baru mencecah setahun. Urusan tersebut juga diselesaikan di Thailand pada 1998.

suami kerja offshore
9 months ago

"Pilih Untuk Tak Berpisah" - Lain-Lain Bapa, Lelaki Kerja 'Offshore' Baru Tahu 4 Dari 6 Orang Anak Bukan Darah Daging

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...