Ibu Bapa Rayu Polis Ambil Huckle Setelah Dia Mengaku Dera Kanak-kanak

Trending

Ibu Bapa Rayu Polis Ambil Huckle Setelah Dia Mengaku Dera Kanak-kanak

Pedofil British yang mengaku salah untuk pelbagai pertuduhan penderaan seksual bayi dan kanak-kanak Malaysia berhasrat untuk berkahwin dengan salah seorang mangsanya dan membuka rumah perlindungan kanak-kanak supaya dia terus mendapat ‘bekalan segar’ kanak-kanak untuk didera, mahkamah diberitahu.

Tulis BBC News, Richard Huckle, 30, bercakap besar di satu forum pedofil yang dia berharap untuk ‘mendidik’ mangsa yang bakal menjadi isterinya itu untuk ‘menutup mata’ pada penderaan yang bakal dilakukannya terhadap kanak-kanak di rumah penjagaan mereka sekiranya tidak mahu kehilangan gaya hidup sebagai ‘rakyat kelas pertengahan’.

Advertisement

99575953_Richard-Huckle-NEWS-large_trans++imPuIm644w_iVR-kAssgApJz8_tCXNg7QFvho_H-0A8Huckle yang merupakan seorang jurugambar sambilan dari Ashford, Kent telah mengaku salah atas 71 pertuduhan mendera 23 orang kanak-kanak secara seksual yang berusia antara enam bulan dan 13 tahun di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur, dan di Kemboja. Huckle telah menyamar sebagai seorang dermawan Kristian dan guru Inggeris untuk mendapat akses kepada kanak-kanak untuk didera.

Semasa pertuduhan terhadapnya didengarkan di Old Bailey, pendakwaraya Brian O’Neill QC berkata yang Huckle memberitahu seorang pakar psikiatri bahawa dia ingin “meninggalkan semua kegilaan ini di belakang” dan apabila dia dibebaskan dari penjara, dia ingin berkahwin dengan wanita Asia Selatan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Tetapi O’Neill menjemput para hakim untuk membaca tulisan Huckle di sebuah forum 18 bulan sebelum  dia ditangkap di laman jaringan gelap. Forum itu kini sudah dimatikan.

Di forum itu Huckle telah menulis mengenai minatnya kepada Asia Selatan kerana ‘kanak-kanak di situ comel dan senang saja untuk rapat dengan keluarga mereka’ jadi ‘mudah untuk ikut mereka dan lakukan apa yang anda mahu, dalam batasan tertentu dengan anak mereka’.

Dia menulis dia dapat menyentuh anak-anak dalam satu keluarga secara seksual, dan ‘keluarga itu tidak suka tetapi mereka reda kerana saya boleh menjadi aset penting untuk keluarga mereka di masa hadapan’.

Dia menulis yang dia berharap untuk berkahwin dengan salah seorang mangsa yang dikenalinya sejak kanak-kanak perempuan itu berusia tujuh tahun dan dia marasakan yang dia boleh ‘mempengaruhi minda kanak-kanak itu untuk dibentuk menjadi isteri sempurna’. Tetapi, dia menambah, yang kanak-kanak itu sangat tidak suka Huckle melakukan seks dengannya dan dengan ahli keluarganya.

Cita-cita saya, setelah berkahwin, ialah untuk keluarga kami menjadi pengasas rumah anak angkat. Saya ingin memiliki anak sendiri, seorang dua saja, tetapi saya tak minat sumbang mahram. Jadi, walaupun risikonya besar, saya ingin agar kanak-kanak sentiasa datang tinggal di rumah saya, dan apa yang saya lakukan dengan kanak-kanak itu bergantung pada perwatakan kanak-kanak itu (saya takkan lakukan apa-apa yang kanak-kanak itu tidak rasa selesa).

Dia juga menambah yang dia berharap untuk mempengaruhi isterinya yang muda itu untuk ‘tidak melaporkan perbuatan saya kerana jika saya ditangkap, dia akan kehilangan gaya hidup kelas pertengahannya’.

Pendakwaraya menambah yang Huckle menulis dia lebih suka dapat ‘mengawal sepenuhnya’ kanak-kanak pada bila-bila masa sahaja, berbanding dari hanya ‘melawat kanak-kanak pada hujung minggu kemudian dapat habuan jika bertuah”.

Dia berkata bahawa “perkahwinan dengan wanita barat bukan untuk seorang pedo”. Huckle menulis “ada (wanita Barat) yang selamat untuk dikahwini, tetapi mereka tidak menarik langsung”, tetapi, dia menambah “kamu boleh lepaskan diri buat bermacam-macam lagi jika kahwini gadis Asia Selatan”.

Mahkamah turut diberitahu bahawa ibu bapa Huckle telah menghalau dia keluar dari rumah setelah dia mengakui penderaan seksual kepada kanak-kanak yang dilakukannya pada ibunya.

Dia ditahan di lapangan  terbang Gatwick pada Disember 2014 ketika pulang kerana mahu menyambut Krismas, tetapi enggan menjawab sebarang soalan polis dan dijamin keluar lokap dengan syarat dia hanya boleh ada di rumah ibu bapanya. Hari berikutnya, ibunya bertanya kepadanya tentang semua tuduhan itu. O’Neill menambah:

Dia mengaku kepada ibunya yang dia terbabit aktiviti seksual dengan kanak-kanak berumur tiga hingga 13. Ibunya sangat terkejut dan sangat marah; jadi selepas itu dengan suaminya, dia menelefon polis dan merayu agar polis mengambil Huckle, dan menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak mahu Huckle tinggal dengan mereka.

Keduanya menyokong penuh pendakwaan yang dilakukan terhadap Huckle dan mereka telah muncul sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan.

(Nota Penulis: Bagaimanapun, menurut sumber tidak rasmi, setelah berita ini disebarkan, ibu bapanya telah berpindah keluar dari rumah ke lokasi yang tidak diketahui.)

O’Neill menambah, jumlah mangsa Huckle berkemungkinan besar lebih ramai dari apa yang dilaporkan, kerana masih terdapat beberapa cakera keras yang tidak dibenarkan untuk diakses polis oleh Huckle.

Sementara itu seorang paderi gereja yang sering dihadiri oleh Huckle di Kent mengatakan bahawa lelaki itu seorang yang ‘tidak mesra dan tidak berkarisma’. Dia juga tidak berminat melibatkan diri dalam aktiviti anjuran gereja di situ walaupun menyamar sebagai pendakwah Kristian di Malaysia.

Tambahnya lagi, Huckle tidak pernah ‘mangusik’ kanak-kanak di bandar tempat tinggalnya itu. –amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.