Ibu Bapa Pemalas Tunggu Lif – Netizen Ini Kecam Ibu Bapa Guna Eskalator Dan Bawa Stroller Sehingga Anak Jatuh

Trending

Ibu Bapa Pemalas Tunggu Lif – Netizen Ini Kecam Ibu Bapa Guna Eskalator Dan Bawa Stroller Sehingga Anak  Jatuh

Selalu sahaja kita dengar insiden melibatkan kanak-kanak terjadi di pusat membeli-belah, tentunya semuanya berpunca daripada soal keselamatan yang tidak diambil berat. Memang sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak-anak berada dalam keadaan selamat tidak kira dimana jua.

Advertisement

Terbaru, seorang pengguna Twitter ada berkongsi kejadian seorang bayi tergelincir jatuh di eskalator ketika ibu bapanya membawa naik kereta sorong bayi (stroller) di atas tangga bergerak itu.  Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika ‘stroller’ dibawa naik di atas eskalator yang bergerak secara menurun.


Bila insiden seperti ini berlaku, mulalah ada pihak yang memberikan pelbagai komen dan ada netizen mengkritik tindakan ibu bapa bayi tersebut tidak pandai jaga anak serta pemalas tidak mahu tunggu lif.

Bagaimanapun, ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan netizen tersebut dan menyifatkan mungkin dia tidak pernah mempunyai pengalaman membawa ‘stroller’ di pusat membeli-belah. Bila hendak gunakan lif, ada pula orang yang tidak mahu mengalah, selalu sahaja penuh. Memang cukup tertekan dibuatnya.


Insiden ini sebenarnya memberikan pengajaran kepada kita semua. Ibu bapa terutama sekali harus menjaga keselamatan anak anda dan jangan pandang ringan akan perkara tersebut. Orang ramai yang menggunakan lif pula tolonglah lebih prihatin dan memberikan keutamaan kepada mereka yang membawa anak-anak kecil, orang tua, wanita mengandung dan golongan OKU yang berkerusi roda.

Sumber Berita : Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...