Ibu Bapa Pelajar Dibuang MRSM Kerana Kes Buli Mahu Saman, Dr Asyraf Wajdi Respon – “Bring It On”

Berita

Ibu Bapa Pelajar Dibuang MRSM Kerana Kes Buli Mahu Saman, Dr Asyraf Wajdi Respon – “Bring It On”

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki mendedahkan ada golongan ibu bapa kepada pelajar sekolah yang dibuang sekolah ingin memfailkan saman terhadapnya.

Menerusi Facebook, Asyraf memaklumkan bahawa mereka ini tidak berpuas hati dengan hukuman yang diterima anak mereka iaitu dibuang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana membuli.

Advertisement

Saya dimaklumkan ada ibubapa yang anak-anaknya dibuang MRSM kerana kes buli nak saman saya dan MARA.

Asyraf Wajdi

Bring it on!

Bagaimanapun, Asyraf tidak gentar dengan hal tersebut dan menegaskan dia lebih mementingkan keselamatan majoriti pelajar dan bukan segelintir yang merupakan kaki buli.

Saya katakan “Bring it on!”. Saya nak jaga keselamatan majoriti pelajar bukan segelintir yang berlagak samseng.

 

Hantaran itu meraih pelbagai komen daripada orang ramai yang memuji keberanian dan ketegasan Asyraf yang begitu komited membanteras gejala buli di asrama di bawah kelolaan MARA.

Asyraf sebelum ini menegaskan dia tidak akan membiarkan kes buli ‘disorokkan’ dan akan mengamalkan konsep ‘You Touch You Go’ di mana ia mendapat sokongan rakyat.

Asyraf Wajdi Sebak, Mangsa Tragedi UPSI Luah Adik Kembar Tolak Tawaran Universiti Demi Tanggung Kakak Belajar
2025-06-10 10:59:56

Asyraf Wajdi Sebak, Mangsa Tragedi UPSI Luah Adik Kembar Tolak Tawaran Universiti Demi Tanggung Kakak Belajar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...