Ada satu hari dulu awal tahun dulu, isteri aku balik rumah. Dia kata kat sekolah dia, mak bapak bergaduh dengan cikgu. Ada yang mengamuk tak dapat duit bantuan kerajaan yang diberikan kepada setiap pelajar. Alah, ni bantuan yang RM100 tu. Ada yang memaki-maki kata patutnya dia layak. Ada yang tak puas hati kenapa ada parents lain yang semua anak dia dapat tapi seorang pun anak dia tak dapat.
Cikgu-cikgu ni nak berdebat macam mana lagi kalau kepala hotak mak bapak tu tak nak terima, gaji dia besar, dia dah tak layak dan apa yang nak dipersoalkan lagi? Itu antara cabaran yang dihadapi guru-guru kita setiap hari. Mostly pasal duit lah.
Aku tengok, mak bapak kita ni, berat benar nak terlibat dengan aktiviti anak. Paling ramai yang nak join pun, hari sukan. Tapi part join majlis yang sekolah anjurkan untuk anak kau sendiri, kau malas nak join. Hantar anak sekolah, lepas tangan.
Anak kau pergi masuk pertandingan, yang menghantar cikgu, yang tepuk tangan cikgu, yang puji anak kau pun cikgu.Mak bapak dia mana? Tak minat ke nak tengok anak kau bertanding wakil sekolah?
Itu bab masa.
Masa pun kau tak boleh spend ke?
Bab duit…huih. Aku tak tau kenapa. Kita dah tau sekolah tak dapat banyak peruntukan. Bila aduan pasal peruntukan ni dibuat, pihak ni akan menuding ke atas. Turutan menyalahkan pihak atasan ni camni;
‘Sekolah > PPD > Jabatan > Kementerian > Kerajaan > Menteri.’
Adakah menuding jari menyalahkan pihak-pihak yang tidak menyalurkan peruntukan ini akan menyelesaikan masalah? Sekolah masih kena jalan. Murid masih deserve yang terbaik bukan?
Apa kata instead of kita duk salahkan sekolah, sekolah duk salahkan PPD, PPD duk salahkan ni bla bla bla, apa kata mak bapak la yang kena menyumbang? Hakikatnya, tak cukup pun duit PIBG yang kau duk bayar tu. Hakikatnya lagi, kos untuk sekolah di bandar ni tak sama dengan kos jalan sekolah di pinggir bandar atau luar bandar.
Aku tau kerajaan ada peruntukan yang dah disalurkan tapi kebenarannya, you are not helping kalau itu aje point kau nak defend isu ni. Sekolah ada yang sampai tahap paip bocor takde air, nak panggil tukang baiki kena tunggu kelulusan PPD, PPD pulak ambik masa nak proses kelulusan….
Budak-budak berak nak basuh pakai apa?
Air tak ada ni. Gila.
So, aku mohon jasa baik kita semua, ambik tahu hal sekolah anak-anak kita. Kalau kau ada kepakaran yang kau boleh sumbang pada sekolah, sumbangkan. Sekolah amat memerlukan bantuan kontraktor, plumber, juru elektrik, technician computer dan pelbagai lagi kepakaran yang kita ada.
Kau kena tau betapa lecehnya birokrasi yang tiap-tiap sekolah kena lalui walaupun hanya nak ganti benda-benda yang sebenarnya remeh pada kita ni. Nak salahkan kerajaan ni senang tetapi anak kita bukannya berhenti membesar, Tak dapat sumbang duit, sumbanglah tenaga.
Kerenah birokrasi ni, PIBG boleh tolong melalui kuasa PIBG.
Tapi yang gi meeting PIBG berapa kerat je?
Aku kagum jugak la tengok budak-budak yang jadi wakil sekolah tapi mak ayah dia langsung tak pernah tengok pun apa dia buat. Tah apa diorang rasa dalam hati diorang masa tu tak tau lah. Jenguk carik mak, carik ayah, tak ada. Nampak la muka cikgu duk bersemangat sokong terpekik-pekik walaupun dah berumur.
Cikgu hantar anak balik lambat, marah dengan cikgu.
Persoal kenapa tak hantar balik awal sikit.
Come on lah. Anak kau wakil sekolah tu. Tak bangga ke?
Sumber: Irmanyadi Idris