Ibu Bapa Materialistik, Anak Sulung Disuruh Beli Kereta & Rumah ‘Family’ Kalau Nak Kahwin

Kehidupan

Ibu Bapa Materialistik, Anak Sulung Disuruh Beli Kereta & Rumah ‘Family’ Kalau Nak Kahwin

Untuk memegang title sebagai ‘anak sulung’ bukanlah sesuatu yang mudah untuk seseorang kerana tanggungjawab yang dipikul boleh dikatakan seakan-akan sama seperti ibu bapa.

Apabila seseorang itu merupakan anak pertama di dalam keluarga, menjadi role model kepada adik beradik sudah semestinya perkara ‘wajib’ yang akan ditekankan oleh kedua ibu bapa, malah turut menggalas tanggungjawab untuk menyara seluruh keluarga.

Advertisement

Seperti kisah yang dikongsikan di platform Twitter ini, seorang wanita yang merupakan anak sulung telah melalui detik-detik perit kerana mempunyai ibu bapa yang bersifat materialistik.

Difahamkan dari tweet berkenaan, dirinya sudah menjalin hubungan cinta dengan teman lelaki selama 5 tahun dan lelaki terbabit sudah pun menyuarakan hasrat untuk berkahwin, namun apa yang dilalui olehnya sekarang ini membuatkan dia tidak bersedia kerana tersepit diantara keluarga serta masa depan.

Beliau memberitahu jika benar dirinya mahu berkahwin, ibu bapanya mahu lelaki terbabit sudah mempunyai kereta, rumah dan hantaran paling kurang RM20,000.

Akibat ‘perangai’ yang ada dalam diri ibu bapanya itu membuatkan wanita terbabit berasa segan terhadap teman lelakinya yang sememangnya mahu memperisterikannya.

komen twitter

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pandangan mereka mengenai hal ini dan merasakan ibu bapa seharusnya tidak bertindak seperti itu serta minta untuk mencermin diri sebelum meminta lebih daripada pihak lelaki.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

ibu penat jaga anak
2 years ago

"Rindu Nak Keluar Sendiri.." - Pagi Malam Menangis, Wanita Luah Menyesal Ada Anak Sebab Penat?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...