Ibu Bapa Mangsa Nahas UiTM Dungun Patah Balik, Dalam Perjalanan Ke Mekah Untuk Tunai Umrah

Trending

Ibu Bapa Mangsa Nahas UiTM Dungun Patah Balik, Dalam Perjalanan Ke Mekah Untuk Tunai Umrah

Ibu bapa salah seorang mangsa nahas berdekatan UiTM Dungun malam tadi dilaporkan berpatah balik dari perjalanan untuk menunaikan umrah.

Ku Azmi Saad dan Hafizah Iszahanid merupakan ibu bapa kepada Ku Adib Aizab, penuntut universiti itu yang maut dalam kemalangan terbabit. Ketika nahas berlaku, pasangan itu dalam penerbangan ke Mekah untuk mengerjakan umrah bersama 127 kakitangan Media Prima Bhd dan ahli keluarga.

Advertisement

Hafizah Iszahanid merupakan Penolong Pengarang Berita Berita Harian manakala Ku Azmi Saad adalah kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB), sebuah syarikat di bawah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

ibu bapa mangsa nahas mangsa nahas uitm dungun

Difahamkan, mereka mengambil penerbangan pulang semula ke Kuala Lumpur dari Jeddah jam 1 pagi tadi waktu tempatan.

Terdahulu, nahas berlaku di hadapan universiti itu apabila sebuah kenderaan SUV Honda CRV dipandu seorang wanita merempuah dua motosikal yang dinaiki empat penuntut.

Akibat rempuhan itu, tiga penuntut dilaporkan maut di tempat kejadian iaitu Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20, penuntut jurusan Ijazah Perakaunan, manakala Mohd Akhmal Tukirin, 20, adalah penuntut Ijazah Perhotelan sementara seorang lagi cedera parah.

accident uitm dungun

wanita pandu SUV langgar student uitm

Rektor UiTM Dungun memaklumkan tiga jenazah itu dimandi dan dikafankan di Hospital Dungun, disolatkan di Masjid UiTM Dungun sebelum dibawa pulang ke Ampang, Sungai Buloh dan Muar untuk dikebumikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

imam maut pulang lawat isteri bersalin
1 month ago

Imam Masjid Maut Dalam Kemalangan Selepas Pulang Melawat Isteri Baru Bersalin Di Hospital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...