Musim persekolahan akan dibuka semula tak lama sahaja lagi. Pastinya sekarang ini ibu bapa tengah sibuk buat persiapan anak-anak kembali ke sekolah. Lagi-lagi untuk anak-anak yang akan masuk ke darjah satu, pasti ada banyak benda yang perlu diajar ibu bapa.
Mohd Fadli Salleh, seorang guru berkongsikan beberapa tips yang patut diambil oleh ibu bapa dalam menangani anak-anak di darjah satu ini. Maklumlah, ini pertama kali mereka melangkah ke sekolah jadi ada banyak benda yang perlu mereka pelajari.
Bas sekolah
Antara perkara paling penting bila anak baru mula ke sekolah ialah waktu pulang. Jika mereka pulang dengan van/bas sekolah, tolong hadir 2-3 hari pertama sesi persekolahan, bawa anak ke tempat tunggu van/bas, kenalkan pada driver van/bas, minta anak hafal dan tulis nombor plate van/bas.
Acapkali berlaku murid tahun 1 (terutamanya) tak kenal van/bas sekolah mereka. Mereka main ikut je kawan-kawan naik van sekolah lain. Berpeluh driver van sebenar mencari budak tu.
“Mak ayah lagi risau bila anak tak naik van yang sepatutnya, tapi tiada dalam kawasan sekolah.”
Sebab tu penting letak nombor telefon ibu bapa pada beg anak. Bila driver van sedar dia bawa murid yang salah, atau murid tersebut mengikut kawannya balik ke rumah, ibu bapa kawan dia atau driver van boleh terus call kita untuk memaklumkan.
Banyak berlaku kes salah faham waktu pulang ni. Ayah ingat mak pergi ambil, mak ingat ayah pergi ambil. Last-last anak keseorangan menanti di sekolah.
Juga berlaku anak tidak menunggu di tempat yang sepatutnya. Melilau ayah mencari anak yang rupanya bermain di kantin dan kawasan sekolah.
Jadi 2-3 hari pertama persekolahan, penting bagi ibu bapa hadir waktu pulang untuk ajar anak menunggu di tempat yang betul dan naik van/bas yang tepat.
Tandas sekolah
Dia buat macam tandas rumah dia.
Ini ialah kejadian sebenar. Saya sendiri yang ambil gambar ini dan itu bukan kali pertama kami hadapi kes yang sama. Gambar seluar dalam dan seluar sekolah murid tahun satu di atas lantai. Waktu ni dah minggu ke dua persekolahan, namun dia masih tak pandai menggunakan tandas sekolah.
Buka seluar kat luar pintu, masuk je dalam tandas. Apa akan jadi kat seluar dia atas lantai tu? Dah tentu akan basah, kotor, busuk, kena pijak oleh murid lain yang lalu lalang.
Kadang kita terlepas pandang. Mengajar anak menggunakan tandas awam dengan betul itu sangat penting. Pastikan ibu bapa ajar anak-anak ini tentang cara menggunakan tandas sekolah.
Pada bulan Ogos yang lalu, kerajaan mengumumkan akan menyediakan sarapan pagi percuma untuk pelajar sekolah rendah. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Kerajaan Perkenalkan Program Sarapan Pagi Percuma Di Sekolah Rendah Bermula Januari 2020