Ibu Bapa Gagal Vaksin Anak Boleh Didenda Sehingga RM 20,000, Penjara 10 Tahun

Trending

Ibu Bapa Gagal Vaksin Anak Boleh Didenda Sehingga RM 20,000, Penjara 10 Tahun

Disebabkan gerakan antivaksin semakin popular di Malaysia, Kerajaan Malaysia kini telah memberikan kenyataan untuk melindungi kanak-kanak yang terancam kerana tidak divaksinkan oleh ibu bapa mereka. Menurut Astro Awani, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius gejala tidak memvaksinkan anak, terutamanya jika ia mengancam kesihatan mereka.


Hannah Yeoh menyatakan, tindakan boleh diambil kepada ibu bapa yang cuai di mana mereka boleh didakwa di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Dalam Akta tersebut, terdapat klausa mengenai kecuaian manakala vaksin sangat penting untuk kesihatan kanak-kanak:

 

Advertisement

Kami merancang untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang mengabaikan kesihatan anak dengan tidak memastikan mereka menerima suntikan vaksin. Ia bukan saja memberi kesan kepada kanak-kanak yang tidak divaksin, malah memberi kesan kepada kanak-kanak yang lain.

Menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, mana-mana individu yang mendera, meninggalkan, atau mendedahkan seorang kanak-kanak dalam keadaan yang memungkinkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosional; atau menyebabkan, atau membenarkan kanak-kanak itu didera, diabaikan, ditinggalkan atau terdedah pada penderaan, boleh berhadapan dengan denda sehingga RM 20,000, penjara maksimum sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Hanya minggu lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzukefly Ahmad mendedahkan bahawa kementeriannya sedang mengusahakan satu bil mewajibkan vaksinasi untuk menentang gerakan aktivaksin yang semakin mengukuh. – amazingnara.com via World of Buzz

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...