Ibu Bapa Didenda Atau Dipenjara Jika Anak Terlibat Basikal Lajak

Kehidupan

Ibu Bapa Didenda Atau Dipenjara Jika Anak Terlibat Basikal Lajak

Kita semua mengetahui bahawa pada tahun 2017, satu tragedi yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia yang meragut nyawa 8 orang remaja menaiki basikal lajak.

Kejadian yang berlaku pada hari tersebut tidak langsung memberi kesedaran kepaada remaja lain. Malah, makin berleluasa kanak-kanak bermain basikal lajak dalam keadaan yang membahayakan sehingga hari ini.

Advertisement

Baca ini: Video kanak-kanak bersepah atas jalan main basikal lajak

Ini langsung tidak memberi kesan kepada mereka yang masih terlibat dengan aksi membahayakan ini. Oleh itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari pendekatan baru bagi menangani masalah tersebut.

aksi membahayakan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Datuk Azisman berkata pihaknya boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa berkenaan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001.
ibu bapa dikenakan denda terlibat basikal lajak

Tindakan ini boleh diambil ke atas ibu bapa atau penjaga sekiranya gagal dalam tanggungjawab memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam kegiatan basikal lajak yang membahayakan.

Seksyen itu memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk ibu bapa atau penjaga membiarkan anak-anak tanpa pengawasan yang berpatutan. Di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya lagi, setakat ini tindakan penguatkuasaan hanya dilaksanakan melalui rampasan dan sitaan basikal serta pengeluaran saman kepada penunggang basikal lajak.

Berdasarkan undang-undang Kaedah 35(2) dan Kaedah 35(3) LN165/59, setiap basikal ditunggang perlu dipasang lampu di hadapan dan belakang bagi menunjukkan cahaya putih serta merah boleh dilihat dalam jarak munasabah.

Menerusi Kaedah 42(1) LN165/59, tiada seorang pun boleh menunggang basikal di atas jalan melainkan dilengkapi dengan brek efektif yang beroperasi secara berasingan pada kedua-dua tayar dan loceng.

Kepada semua ibu bapa, tanggungjawab anda untuk memupuk anak-anak agar tidak terlibat dengan aktiviti seperti ini yang membahayakan keselamatan dan nyawa.

 

Sumber: Malaysia Kini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...