Walaupun terpalit dengan kontroversi melibatkan rumah tangga bersama isterinya, penyanyi veteran ND Lala dilihat tetap menghadiri majlis pertunangan anak perempuannya, Shila Amzah bersama pasangan Ubai.
Susulan itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah tampil menjelaskan status hubungan rumah tangga ibu bapanya.
Menurut penyanyi berusia 32 tahun itu, semua urusan borang perkahwinannya bersama Ubai telah selesai menandakan ND Lala dan isteri, Datin Fauziah masih bergelar suami isteri.
View this post on Instagram
Maksudnya mereka masih bersama (suami isteri).. itu lah status mereka secara rasmi.
Bukan itu sahaja, Shila turut memaklumkan bapanya juga sudah menandatangani borang untuk menjadi wali pada majlis pernikahannya.
Mereka tahu apa yang perlu diutamakan.
Malah, penyanyi lagu Patah Seribu itu berkata ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah telah hadir ke majlis pertunangannya atas dasar tanggungjawab dan ikatan kekeluargaan.
Bagaimanapun, Shila enggan mengulas lebih lanjut mengenai gubungan ibu bapanya dan tidak mengambil tahu urusan mereka.
Saya tak berani nak komen bagi pihak mereka (ibu bapa) sebab yang berkahwin mereka berdua.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.