Pakaian seragam sekolah dicadangkan agar direka dengan lencana Jalur Gemilang yang dijahit terus pada pakaian — tanpa menambah beban kewangan kepada ibu bapa.
Memetik Malaysia Kini, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof Madya Mohamad Ali Hasan mencadangkan perkara tersebut susulan pelaksanaan pemakaian lencana bendera Malaysia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bermula semalam.
Mohamad Ali turut menyarankan agar terdapat dua bentuk pemakaian berdasarkan peringkat umur pelajar serta peranan kakitangan sekolah.
Saya fikir perlu diwujudkan dua jenis pemakaian iaitu wujudkan seragam sekolah yang sudah terlekatkan ‘automatik’ dengan Jalur Gemilang bagi pelajar sekolah rendah dan prasekolah.
Tetapi inisiatif ini mesti dipastikan tidak melibatkan kos tambahan kepada golongan ibu bapa.
Satu lagi pemakaian lencana (Jalur Gemilang) jenis pin kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan kakitangan sekolah.
Beliau juga mengulas kebimbangan sesetengah ibu bapa berkenaan penggunaan lencana berbentuk pin yang boleh menyebabkan kecederaan, terutama bagi pelajar kecil atau semasa aktiviti sukan.
Inisiatif pemakaian lencana Jalur Gemilang ini turut diperluaskan ke institusi lain di bawah KPM termasuk Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan pemberian dua unit lencana secara percuma kepada setiap pelajar di seluruh negara sebagai usaha menanam semangat patriotisme.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.