Ibu Bapa Berhutang Dengan Ah Long, 11 Kanak-Kanak Dipaksa Mengemis Untuk Langsaikan Hutang

Trending

Ibu Bapa Berhutang Dengan Ah Long, 11 Kanak-Kanak Dipaksa Mengemis Untuk Langsaikan Hutang

kanak_polis_600Beberapa ceti haram dikesan memaksa ibu bapa di Negeri Sembilan untuk “menyewakan” anak untuk menyelesaikan hutang mereka.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu terbongkar apabila 11 mangsa terdiri kanak-kanak dan remaja di sekitar bandar ini dipercayai dijadikan peminta sedekah berjaya diselamatkan polis Negeri Sembilan.

Advertisement

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata kes pertama direkodkan di negeri ini membawa kepada penahanan seramai tujuh perempuan dan empat lelaki berusia dari tiga hingga 18 tahun di tiga rumah berasingan di Taman Rasah Jaya.

“Kanak-kanak ini diarah menjadi pengemis atau peminta sedekah bagi mendapatkan sumber kewangan untuk ibu bapa yang berhutang dengan ah long.

“Mereka juga akan merayau di jalanan dengan menjual tisu dan barang kegunaan sembahyang bagi mendapatkan kewangan selain meraih simpati orang ramai,” katanya dipetik daripada Sinar Harian.

Beliau berkata semua mangsa kini diletakkan di rumah perlindungan dan polis sedang mengesan ibu bapa mereka dan penjaga yang terlibat dalam kes ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.