Ibu Bapa Berbuka Buffet Mahal, Tinggal Anak-anak Di Rumah Nenek Jaga

Trending

Ibu Bapa Berbuka Buffet Mahal, Tinggal Anak-anak Di Rumah Nenek Jaga

Pergi iftar disesuatu tempat. Terjumpa kawan lama bersama suaminya. Kawan itu sudah 5 tahun berkahwin dan mempunyai dua orang anak dan kedua-duanya lelaki. Si abang 3 tahun dan si adik setahun. Mereka tidak membawa anak-anak mereka bersama.
 photo iftarkanak.jpg
Kami bersembang sebentar dan aku bertanya “Kenapa tak bawak anak-anak sekali?” dan kawan aku tu jawab “Rugilah kalau bawak anak. Nanti tak boleh makan puas-puas. Dahlah buffet ni mahal. Ni dah kali ketiga aku berbuka kat luar. Suami aku yang ajak. Aku ikut jelah.” Aku tanya lagi “Siapa jaga anak?” Dia jawab “Mak aku. Mak aku memang jaga anak-anak aku bila aku kerja. Ni sekejap lagi habis makan aku ambik la anak-anak aku balik. Rumah aku dengan mak aku bukan jauh pun. Eh, kau boleh ye bawak anak kau sekali. Tak nakal ke dia? Kalau aku memang tak bawak la. Susah nak makan nanti. Rugi je bayar mahal-mahal kalau makan sikit.”


Advertisement

Ya Allah. Bila aku dengar je dia cakap macam tu aku dah mula geram. Tergamak seorang ibu cakap macam tu dekat anak-anak dia. Seolah-olah anak-anak dia menjadi beban kat dia. Boleh pulak kau makan puas-puas dan kau tinggalkan anak-anak kau dekat mak kau suruh jaga. Kau nak makan sampai perut kau pecah ke apa sampai kau kata rugi kalau bawak anak kau makan sekali?

Anak-anak aku pun lebih kurang sebaya je dengan anak-anak kau tapi aku boleh je bawak anak-anak aku pergi makan sekali. Memang umur budak-budak macam ni agak nakal. Memang susah sikit nak kawal kalau makan dekat luar tapi aku tak sanggup tinggalkan anak-anak aku suruh orang lain jaga walaupun hantar dekat mak aku sendiri.

Anak kau kan, kau kenalah pandai handle. Dah lah memang mak kau yang jaga anak-anak kau bila kau kerja. Lepas tu kau boleh pulak berbuka kat luar. Kesian mak kau seharian jaga anak-anak kau. Mesti mak kau tu keletihan. Tambah-tambah time bulan puasa ni. Bukan kau nak bawak mak ayah kau berbuka dengan kau sekali. Ni kau boleh buka berdua je laki bini.

Aku memang pantang kalau orang tinggalkan anak-anak dekat mak sendiri atau pengasuh disebabkan untuk kepentingan diri sendiri. Kalau kau tinggalkan anak-anak kau untuk bekerja itu lain cerita. Kita bekerja pun sebab nak menyara keluarga. Itu memang tanggunjawab kita. Memang kau letih seharian bekerja tapi kau lebih bertanggungjawab untuk jaga anak-anak kau bila habis waktu bekerja. Itu satu kewajipan. Bukan main lepas tangan je. Kalau anak-anak kau tak boleh bawak makan kat luar kau tak payah buka kat luar. Buka je kat rumah.

Jangan anggap anak-anak kita sebagai beban kepada kita. Anak-anak lah pembawa rezeki yang paling besar sebenarnya. Hargailah anak-anak kita sementara mereka masih ada disisi. Kalau lah suatu hari nanti Allah ambik nyawa anak kita, menyesal tak sudah kita dibuatnya. Jadi, jagalah anak-anak kita sebaik-baiknya. Anak-anak ini adalah amanah dari Allah. Anak-anak adalah anugerah yang terindah untuk kita. Hargailah mereka sementara mereka masih ada.

Sumber: Fiq’ha Nur Amira

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...