Sudah tentu sebagai ibu bapa, apa sahaja kemahuan anak jika ia membawa kebaikan dan masih dalam kemampuan pasti akan cuba ditunaikan.
Namun, hadiah hari jadi diberikan oleh seorang ibu bernama Farhana Zahra dan suaminya kepada anak mereka baru-baru ini mendapat perhatian ramai.
Menerusi video yang tular di TikTok, Farhana telah menghadiahkan anaknya sebuah kereta Mercedes G Wagon kerana kanak-kanak itu tidak mahu ke sekolah.
Bukan itu sahaja, kanak-kanak tersebut memberikan alasan tidak cukup umur dan pernah berpura-pura tidak sihat kerana enggan bersekolah.
Dia cakap dapat hadiah G Wagon dia nak pergi sekolah. Panjang akal dia ni!”
@farhanazahra91 Tak sabar cikna nak hantar fatima pergi sekolah hahaha sebab bulan 1 hari tu da hantar tp hari2 dia belakon sakit, lepas tu dia cakap dia belom cukup 5 tahun lagi sebab belom birthday dia, kali ni dia cakap dapat hadiah G WAGON dia nak g sekolah haha panjang betul akal dia ni ! Nt korang nak tgok cikna wat video hari dia g sekolah x? ?? #fatimaazzahraturn5 #fyp #gwagoncikna #fyp? #foryoupage
Dalam pada itu, video tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen di ruangan komen di mana rata-ratanya menyebut tentang kanak-kanak berkenaan sangat bertuah.
Ada segelintir yang berpendapat kejutan itu sebenarnya sudah dirancang dan anaknya sudah pun tahu kerana dikatakan tidak betul betul ‘terkejut’.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.