Isteri kepada penyanyi rap MK K-Clique, Siti Hajaar bersuara selepas rumah tangga kedua ibu bapanya menjadi bualan hangat di media sosial.
Menerusi akaun TikTok peminat (siti.hajar.syeikh3), tangkap layar Hajaar telah membalas komen seorang individu di mana dia menegaskan bapanya, arwah Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad dan ibunya, Datin Seri Hajah Sharifah Hasnah Syed Hussain tidak pernah bercerai.
Tambahnya, orang luar sepatutnya tidak membuat spekulasi dan berdiam diri jika tidak tahu apa-apa kerana ia boleh mengundang fitnah.
Kalau kita tak tahu lebih baik kita diam, takut ia mendatangkan fitnah. Untuk pengetahuan semua, ibu saya dengan arwah bapa tidak pernah sekali bercerai.
Ramai warganet lain berterima kasih kepada isteri MK itu kerana memberi penjelasan dan turut meminta orang lain memberi ruang kepadanya yang baru kehilangan bapa.
Dalam pada itu, segelintir individu sempat mempertikai gelaran ‘Datin Seri’ yang digunakan oleh pelakon Noniswara dan pengakuannya bahawa dia bukan isteri kedua.
View this post on Instagram
Allahyarham Datuk Seri Dr Sheikh Nordin disahkan meninggal dunia akibat strok di sebuah hospital swasta pada 10.16 malam, 1 Oktober lalu.