March 2nd, 2020

Meskipun sudah memaafkan Datuk Seri Aliff Syukri, Ali Puteh sebelum ini memberitahu dia tetap dengan pendiriannya iaitu mahu usahawan kosmetik itu bertemu dengan ibunya, Sabariah Arshad untuk memohon maaf secara privasi.

ibu abam aliff syukri

Namun, Aliff berkata dia juga tetap dengan pendiriannya untuk mengadakan siaran langsung di laman sosial semasa pertemuan mereka nanti.

Memberikan respon kepada perkara tersebut, ibu arwah Abam berkata dia juga bersedia menerima kehadiran Aliff, bertemu empat mata untuk menyelesaikan segala salah faham tetapi dengan syarat tidak membawa kamera untuk membuat sebarang rakaman.

aliff syukri

Jika dia hendak meminta maaf, tidak perlu bawa kamera. Datang dan jumpa secara empat mata sahaja. Jika dia hendak bawa kamera, lebih baik tidak payah jumpa.

Terdahulu, Aliff yang membuat live di Faceebook ketika membuat kunjungan ke rumah balu arwah Abam mencetuskan kekecohan apabila menyentuh isu sensitif melibatkan harta. Gara-gara video yang dikongsikan di Facebooknya itu, Ali kemudian naik berang sehingga melabelkan kakak iparnya sebagai ‘binatang’. Namun, Aliff mendakwa dia tidak berniat melaga-lagakan mana-mana pihak.

Sumber Berita : BH ONLINE


6 responses to “Ibu Arwah Abam Mahu Jumpa Aliff Syukri Tapi Tanpa Rakaman ‘Live’”

  1. Anonymous says:

    bodoh si aliff ni. nanti meninggal sila bawa kamera sekali. choiiiii

  2. Anonymous says:

    Korang xtau mcm mana perasaan seorang ibu bila terjadi mcm ne…

  3. Anonymous says:

    Aku rasa makcik ni dah mmg memaafkan. Tapi kalau Aliff nak jugak jumpa & bawak kamera, tu yg dia taknak.

  4. Anonymous says:

    Sudah lah makcik ada kamera takde kamera .. maaf lah dengan ikhlas kamera tu ada atau tidak tak penting yg penting keikhlasan

  5. Ra says:

    Sudah2 la makcik, jgn la berkira sangat

Loading...