Golongan anti vaksin tak dinafikan sememangnya berpegang kuat kepada prinsip dan pendirian mereka untuk tidak memberi vaksin kepada anak-anak. Pelbagai kes keburukan tidak mengambil vaksin dikongsikan namun itu semua tidak dapat menggoyangkan pendirian mereka.
Baru-baru ini, satu perkongsian dari golongan anti vaksin ini mendatangkan kemarahan dari netizen. Seorang ibu anti vaksin tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan untuk keluar wad kerana anaknya mendapat demam kuning.
I nak carut mak ni bodoh boleh tak? Dah la taknak vaksin baby, anak kena jaundice nak ambik darah pun tak bagi?! ?
Tegar gak nurse tampal “Anti Vaksin” siap nak panggil polis, pic.twitter.com/ELZGR2w79c
— ye saya (@AidaSue) January 5, 2020
Advertisement
Dalam kejadian ini, pesakit ini bersalin secara czer (ceaserean) di sebuah hospital di Kota Bahru. Tetapi dia tidak dibenarkan untuk discharge daripada wad kerana anaknya demam kuning. Sebagai golongan anti vaksin, dia tidak membenarkan sebarang vaksin dan antibiotik diberikan kepada anaknya.
“Tahap kuning tu tak pasti sebab adik tak benarkan untuk baby diambil darah”
Setelah perkongsian ini dimuatnaik di Facebook Masyarakat Kena Tahu, ramai yang memberi kecaman kepadanya kerana kedegilannya dalam situasi ini. Untuk kes bayi yang menghidap demam kuning, doktor mempunyai hak untuk tidak membenarkan pesakit discharge dari wad.
Ramai juga netizen yang merasakan golongan anti vaksin seperti ini menyusahkan pihak hospital dengan pendirian mereka itu. Malah ada yang menasihatkan mereka untuk tidak bersalin di hospital jika masih berdegil dengan pendirian anti vaksin.
Kalau dah tak percaya dgn health care, pergi beranak kat spital buat apa? Memang dasar natang beruk je. Lehernya dia nak selamatkan dgn cara modern, anak dia nak buat experiment. Klu tolak medical treatment, patut jgn dtg hospital. Beranak je kat dlm hutan. #BodohLagiBahlol
— Lord Kayu Api (@malaya_roses) January 6, 2020
Bila nak kuatkuasa saman untuk golongan anti vaksin ni. Aku rasa nak naik gila tengok perangai bengap dorang ni. Anak manusia tu, dia ingat anak kucing ka nak nafikan hak sesuka hati.
— AA (@anisadnan_) January 5, 2020
Wow. This should be child neglect. They should either be educated or have their child taken away from them
— Sakura Haru (@caemenyoung) January 6, 2020
Pada awal tahun lalu, kerajaan berhasrat untuk memberikan dendan kepada ibu bapa yang tidak memberi vaksin kepada anak. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Ibu Bapa Gagal Vaksin Anak Boleh Didenda Sehingga RM20,000, Penjara 10 Tahun