Ibu Anak 3 Lebih Stress Berbanding Anak 4 Keatas, Mengapa?

Trending

Ibu Anak 3 Lebih Stress Berbanding Anak 4 Keatas, Mengapa?

Zaman sekarang ini kebanyakkan orang tidak mahu mempunyai zuriat yang banyak kerana terdapat beberapa masalah kewangan dan keadaan ekonomi sekarang. Berbeza pula dengan zaman nenek kita dahulu, anak ramai rezeki murah.

Advertisement

Kata mereka, anak-anak pembawa rezeki. Tetapi zaman sekarang lain pulak, makin ramai anak makin stresslah ibu bapa, Mungkin sebab itu ramai pasangan memilih untuk tidak mempunyai banyak anak.

Baru-baru ini, sebuah kajian yang dilaksanakan oleh TODAYParent.com mendapati tahap stress ibu yang mempunyai 3 orang anak adalah lebih tinggi berbanding memiliki jumlah anak lebih dari itu.

Kajian tersebut telah melibatkan 7,000 orang ibu di Amerika Syarikat dan dibuat untuk mengetahui tahap stress ibu yang dikaitkan dengan bilangan jumlah anak.

Apa yang anda perlu tahu? Hasil kajjian yang ditemui amat menarik iaitu tahap stress ibu bapa tidak akan meningkat jika mempunyai jumlah anak yang ramai. Wah, tak sangka kan? Malahan pasangan yang mempunyai anak seramai 4 orang tahap stress mereka lebih rendah berbanding 3 orang anak.

Menurut pakar psikologi dari New York, Dr Janet Taylor, tahap stress akan kurang selepas mempunyai anak keempat. Ini kerana pada waktu itu, seorang ibu akan mempelajari menerima dan berhenti dari mencuba bagi mengawal anak.

“Mempunyai 4 orang anak, pemikiran mereka tidak akan tertumpu kepada anak itu sahaja dan menambah kerisauaan semasa menjaga anak.”

“Semakin ramai anak adalah keyakinan seorang ibu menurut  pakar  bagi kemahiran keibubapaan dalam diri mereka. Anda kena belajar uruskan anak yang ramai dan ia menjadi satu kebiasaan, selepas itu baru bersyukur,” kata Dr. Janet.

Bukan itu sahaja kajian ini juga mendapati bahawa terdapat beberapa jenis stress yang dialami oleh kaum ibu di luar sana:

  1. 46% ibu mengatakan suami penyebab mereka lebih stress berbanding anak.
  2. 60% ibu mengatakan perasaan tidak cukup masa untuk melakukan apa yang dikehendaki oleh seorang anak daripada ibu menyebabkan stress.
  3. 72% ibu stress memikirkan diri mereka yang asyik memikirkan masalah.
  4. 9 daripada 10 ibu stess untuk kekal cantik dan menarik.

 

Bagi kaum ibu di luar sana, jangan tertekan sangat dalam menguruskan anak-anak di rumah. Nak tambah anak boleh je, tetapi ikut kemampuan ekonomi dan mampu lah ya. Jangan tambah anak untuk hilang stress tetapi anak-anak terabai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...