Ibu Amang Seksual Dua Anak, Netizen Terkedu Baca Empat Pertuduhan – “Hisap & Suruh Anak Masukkan Kemaluan…”

Kehidupan

Ibu Amang Seksual Dua Anak, Netizen Terkedu Baca Empat Pertuduhan – “Hisap & Suruh Anak Masukkan Kemaluan…”

Berita penahanan seorang ibu berusia 33 tahun pada awal Mei lalu mengejutkan ramai orang selepas dia didakwa melakukan perbuatan amang seksual terhadap anaknya.

Bukan seorang tetapi dua anak lelakinya masing-masing berusia 12 tahun dan 14 tahun dan kejadian dilaporkan berlaku di Puncak Alam.

Advertisement

Wanita itu yang juga ibu kandung mangsa ditahan selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor yang menerima video lucah hubungan seks suspek dengan mangsa.

Bagi anda yang terlepas update kes ini, baca artikel sampai habis kerana kami akan senaraikan empat pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Syafeera Mohd Said.

 

Pertuduhan pertama

Tertuduh menghisap kemaluan anak lelakinya berusia 12 tahun untuk tujuan seksual di Johan Court, Alam Perdana, Puncak Alam, kira-kira jam 8 malam, November 2022.

Pertuduhan kedua

Tertuduh menghisap kemaluan anak lelakinya berusia 14 tahun untuk tujuan seksual. Kejadian ini juga berlaku di Johan Court, Alam Perdana, Puncak Alam, kira-kira jam 8 malam pada November 2022.

Pertuduhan satu dan dua ini dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebatan bagi setiap satu pertuduhan.

 

Pertuduhan ketiga

Tertuduh menyuruh anak lelakinya berusia 14 tahun memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan tertuduh sehingga menyebabkan remaja itu melakukannya bagi tujuan seksual.

Pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebatan.

Pertuduhan keempat

Tertuduh mengarahkan pembuatan suatu pornografi kanak-kanak dalam bentuk video di sebuah hotel di Taman Sri Pristina, Sungai Buloh. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 pagi antara 17 hingga 18 Februari 2022.

Pertuduhan ini pula dilakukan di bawah Seksyen 5, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dihukum tidak kurang enam sebatan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana keempat-empat pertuduhan itu adalah kesalahan serius, boleh mengganggu mangsa, saksi dan risiko cubaan melarikan diri.

Tertuduh berdepan dengan hukuman penjara 105 tahun dan 12 sebatan dan tarikh sebutan semula kes bagi keempat-empat pertuduhan itu ditetapkan pada 26 Jun ini.

2 years ago

"Tak Terjangkau Dek Akal!" - Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Dua Anak Undang Kemarah Orang Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...