Ibu Alyssa Dezek Kecewa Dituduh Menumpang Kesenangan Anak

Hiburan

Ibu Alyssa Dezek Kecewa Dituduh Menumpang Kesenangan Anak

Meskipun tidak menyangka mampu memiliki kereta Toyota Vellfire pada usia muda dan mahu menghargai diri selepas bekerja keras, penyanyi dan bintang Youtube, Aryanna Alyssa Dezek kini berjaya membeli kereta idamannya pada usia 12 tahun.

ibu alyssa dezek kecewa

Advertisement

Bagaimanapun, timbul isu yang kurang senang didengar apabila wujud segelintir netizen menuduh ibu bapanya seakan tidak pandai menguruskan wang ringgit anak mereka kerana membeli kereta bukanlah pelaburan yang wajar.

Rentetan itu, ibunya Suzanne Desek tampil menjelaskan perkara tersebut. Menurutnya, mereka memutuskan untuk membeli kenderaan tersebut bagi menghormati anaknya yang mahukan sebuah kenderaan bagi memudahkan perjalanan kerjayanya dan keselesaan apabila berjalan jauh.

ibu alyssa dezek kecewa

“Bab rumah tu kita dah sediakan untuk Alyssa dan adik. Suami saya dah belikan. Simpanan pun memang ada untuk dia sambung belajar.”

Biarpun begitu, Suzanne juga seakan kecewa apabila wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab menganggap dirinya dan suami sekadar mahu menumpang kesenangan anak semata-mata. Jelasnya, mereka tidak perlu bergantung pada pendapatan anaknya itu kerana suaminya bekerja sebagai ketua jurutera kapal.

ibu alyssa dezek kecewa

“Padahal tu kehendak dia sendiri, mungkin mereka tak tahu ayah Alyssa bekerja sebagai ketua jurutera kapal. Ayah dia pun mampu.”

Advertisement

Walau bagaimanapun, tampil bersikap profesional, Suzanne dikhabarkan langsung tidak mengendahkan segala kecaman dan tidak menyalahkan mana-mana pihak yang tidak mengetahui tentang latar belakang keluarga mereka.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    July 7, 2020 at 9:20 am

    Kalau ye parents dia menumpang pun biarlah, anak dia kan

  2. Minah

    July 6, 2020 at 4:47 pm

    untung blh merasa hasil kerja ank, tggjawab ank berbakti kpd kedua org tuanya. lebih beruntung ank msih lg kanak2, dah dapat bg ibu bapa merasa.. jgn berdengki.. itu rzki dia.

  3. Anonymous

    July 6, 2020 at 4:42 pm

    Mulut si manusia, macam setan. Boleh cap label Penunggang lubang kubur

Loading...