Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil, tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan kononnya beliau pernah menyatakan bahawa anaknya mempunyai hak untuk mengambil kembali cucu-cucunya, Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hafiza memuat naik tangkap layar satu kenyataan yang disifatkan sebagai fitnah, dipercayai disebarkan oleh individu yang tidak menyukai dirinya dan keluarga.
Inilah yang dapat saya ucapkan buat penabur fitnah yang tidak berkesudahan. Kasihan. Teruskanlah jika ini membuat awak tenang dan bahagia.
Kami tetap memaafkan dan mendoakan kesejahteraan anda dengan lapang dada.Syukur Allah maha baik dan berikan kami ketenangan jiwa.
Siti Hafiza menyatakan bahawa dakwaan tersebut tidak pernah keluar dari mulutnya dan ia merupakan satu lagi siri tuduhan tidak berasas yang sengaja ditimbulkan untuk mencetuskan kekeliruan serta kebencian terhadap keluarganya.
Terdahulu, beliau mencuri perhatian ramai apabila berkongsi ucapan hari lahir menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran dua orang cucunya.
Dalam catatan itu, wanita yang mesra dipanggil Umi Wan oleh keluarga meluahkan rasa syukur atas pertambahan usia Ayden dan Ara, sambil menitipkan doa agar mereka membesar dengan sihat, bahagia dan menjadi anak soleh serta solehah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada puatan di bawah.