Kisah memilukan seorang wanita, Siti Aida atau lebih dikenali sebagai Cik Da, yang hidup merempat sendirian di dalam hutan mendapat perhatian ramai selepas tular video dikongsi oleh aktivis kebajikan, Abbe Hae.
Video itu merakamkan keadaan pondok usang yang kediamannya — hanya diperbuat daripada susunan zink tanpa dinding dan pintu, duduk di dalam kawasan hutan terpencil berhampiran sungai kecil. Dilaporkan, Cik Da tinggal di sana tanpa meminta sebarang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurut anak sulungnya, Aty, sebelum insiden berlaku, ibunya pernah bekerja sebagai jururawat dan melakukan pelbagai kerja sambilan untuk menampung kehidupan serta komitmen pinjaman bank. Namun pada tahun 2018, ketika Cik Da dalam pantang selepas bersalin anak bongsunya, dia mengalami kemalangan jatuh dari pokok kelapa. Setelah sembuh, Cik Da dilaporkan mengalami gangguan mental yang mengubah kehidupannya sepenuhnya.
“Sejak mengalami gangguan itu, hubungan ibu dengan kami berubah sepenuhnya. Bukan kami tak nak jaga, tapi dia sendiri memilih untuk tinggal bersendirian. Kami dah banyak kali pujuk, tapi dia tak mahu pulang,” jelas Aty.
Walaupun ibunya memilih menjalani hidup sebatang kara, anak-anak tetap mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan Cik Da dari jauh. Mereka menghantar wang belanja serta memastikan ibunya sentiasa mendapat perhatian meskipun tidak tinggal sebumbung.
@tema0mar #stitch with @Abbe Hae harap semua faham dan Mendelian cikda aty dan keluarga mereka.. terima kasih yang memahami @zatyology._ . #bytema #abehae #hssmy
Cik Da juga pernah menolak tawaran JKM untuk ditempatkan di pusat perlindungan kerana tidak selesa tinggal bersama orang asing.
Menurut Abbe Hae, video ini dikongsikan bukan untuk menuduh sesiapa tetapi lebih kepada membuka mata masyarakat tentang realiti segelintir individu yang tersisih kerana masalah mental dan birokrasi bantuan sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.