Zlatan Ibrahimovic mendedahkan Manchester United pernah menolakkan gajinya sebanyak £1 (RM5.50) hanya kerana dia mengambil sebotol jus di mini bar sebuah hotel.
Menurut penyerang AC Milan yang kini berusia 40 tahun itu, dia berhijrah ke Old Trafford pada 2016 melalui perpindahan secara percuma dari Paris Saint-Germain (PSG).
Ketika itu dia sedang meraikan kejayaan bersama Red Devils sebelum dirinya mengalami kecederaan yang kemudiannya menamatkan karier beliau di dalam kelab gergasi itu.
View this post on Instagram
Pemain hebat Sweden itu menjaringkan sebanyak 29 gol sepanjang 53 penampilannya dan membantu United memenangi Perisai Komuniti, Piala Liga dan muncul juara Liga Eropah.
Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan dirinya berasa terkejut bila mendapati gajinya telah ditolak oleh kelab hanya kerana sebotol jus dan kelab tersebut memberitahu jika mana-mana pemain mengambil sesuatu, maka mereka perlu membayarnya semula.
Ibrahimovic menceritakan hal yang tidak disangka-sangka tersebut di dalam autobiografi terbaharunya iaitu Adrenalin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.