Written by AbangNara | September 18th, 2015

Minggu hadapan umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Selain daripada menunaikan haji, kita digalakkan untuk melakukan ibadah qurban di hari yang mulia ini. Qurban adalah satu bentuk pengorbanan dan perkongsian, lebih-lebih lagi kepada umat Islam di negara-negara yang kurang bernasib baik. Abang Nara tertarik dengan perkhidmatan daripada www.zabeeh.com.my yang memudahkan rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk melakukan ibadah qurban dan juga aqiqah buat umat Islam di luar negara.

qurban zabeeh

Seperti yang kita tahu, umat Islam di negara seperti Indonesia, Myanmar, Filipina, Kemboja, Bangladesh dan Thailand tidaklah bernasib baik seperti kita. Ada yang hidup di dalam kedaifan serta kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Setahun boleh kira berapa kali mereka makan makanan seperti daging lembu dan kambing. Peka dengan masalah ini, Zabeeh Services Sdn Bhd menyediakan peluang untuk kita melaksanakan ibadah qurban serta akikah luar negara dengan cara mudah, murah dan mengikut shariah bagi membantu umat-umat Islam di negara tersebut.

qurban zabeeh

Berpengalaman lebih daripada 8 tahun, antara kelebihan dan keistimewaan yang dibawakan oleh Zabeeh Services Sdn Bhd buat mereka yang berminat melakukan ibadah qurban luar negara ialah:

  1. Harga yang murah ( 1 bahagian lembu RM300, 1 ekor kambing RM550 & 1 ekor lembu RM2100)
  2. Tempahan boleh dilakukan secara online menerusi laman web www.zabeeh.com.my atau secara telefon
  3. Ada sijil pengesahan qurban yang dilakukan. Di dalam sijil dinyatakan tempat dan masa ibadah qurban dilakukan.
  4. Dapat memberi peluang buat umat Islam di luar negara merasai daging qurban
  5. Dapat rebut peluang membuat pahala kerana ibadah qurban di dalam Malaysia agak mahal dan terhad
qurban zabeeh

antara contoh ibadah qurban Zabeeh

Abang Nara pasti ramai yang berminat. Zabeeh Services Sdn Bhd masih membuka tempahan untuk mereka yang ingin melakukan ibadah qurban sempena Hari Raya Aidiladha ini (tarikh last ialah 22 September ini). Ada beberapa cara mudah untuk anda melakukannya. Meh sini Abang Nara kongsikan beberapa caranya (pilih salah satu sahaja):-

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada “Daftar Qurban Online”.
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online dan tulis “Saya Nak Qurban”.
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan “Saya Nak Qurban”.
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

qurban zabeeh

Senang kan? Insya Allah Abang Nara pun akan melakukan ibadah qurban ini menerusi perkhidmatan Zabeeh Services Sdn Bhd. Daripada testimonial yang Abang Nara baca di Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online, memang semua yang menggunakan khidmat mereka melahirkan rasa puas hati. Jom kita tengok beberapa gambar ketika ibadah ini dilakukan.

qurban zabeeh

qurban zabeeh

qurban zabeeh

Ibadah Qurban ini datangnya setahun sekali. Jadi rebutlah peluang ini untuk melakukannya. Semoga apa yang kita lakukan mendapat pahala dan dapat membantu umat Islam di negara-negara yang kurang bernasib baik. Maklumat lanjut layari www.zabeeh.com.my dan juga Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 responses to Ibadah Qurban & Aqiqah Lebih Mudah Dengan Zabeeh

  1. sayang says:

    ALHAMDULILLAH.. SEMOGA AMALAN ANDA SEMUA DIBERKATI..

    0

    0
  2. nurul says:

    dah pernah buat dgn kampeni ni…terbaik. servis cepat & efisen…sijil pun ade..

    0

    0
  3. ghazali says:

    buat di negara2 yg memerlukan lebih baik krn kita tahu mereka betul2 memerlukan…moga ibadah kita diterima. inshaallah. amin.

    0

    0
  4. fansuri says:

    Sebak tengok anak2 kecil dalam pic tu. teringat anak2 dirumah, mcm sebaya…

    Sy pun nak sedekah dengan company ni, InsyaAllah

    0

    0
  5. raden says:

    alhamdulillah. company ni terbaik dlm pngurusannya..cepat jer mereka respon sebarang pertanyaan

    0

    0
  6. anon says:

    Kesiannya bunuh lembu sb nak mkn dagingnya…..sob sob sob.

    0

    0