Ibadah Korban Di Singapura Dijalankan Dengan Cara Yang Berbeza Tahun Ini Akibat COVID-19

COVID-19

Ibadah Korban Di Singapura Dijalankan Dengan Cara Yang Berbeza Tahun Ini Akibat COVID-19

Singapura dilaporkan tidak membenarkan pengimportan haiwan ternakan bagi tujuan ibadah korban untuk tahun ini, bersempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba. Ini berikutan situasi penularan pandemik COVID-19 di negara itu yang masih berlarutan.

Bagaimanapun, pihak masjid di sana menawarkan khidmat korban bagi mereka yang merancang untuk melaksanakan ibadah itu. Ia akan dijalankan di Australia dan daging sembelihan akan dibekukan sebelum dihantar ke Singapura.

Advertisement

Pihak masjid di Singapura akan menguruskan proses pengagihan daging tersebut kepada masyarakat dan keluarga yang berpendapatan rendah.

Gambar hiasan

Menurut Timbalan Mufti Singapura, Mohd Murat Md Aris, apa yang pentin umat Islam dapat melakukan ibadah korban sebagai tanda kesyukuran dan mendapat nikmat keredhaan dari Allah.

“Melindungi komuniti daripada kemudaratan dalam konteks sekarang, adalah satu tanggungjawab dan pengorbanan yang besar, yang boleh dilakukan oleh umat Islam.” 

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), menyatakan krisis COVID-19 ketika ini menyulitkan proses untuk mengimport haiwan ternakan ke Singapura sekaligus menyukarkan pelaksanaan ibadat korban di masjid di sana pada tahun ini.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...