Ibadah Korban Di Masjid Dan Surau WP Dibenarkan Mengikut Syarat – JAWI

Trending

Ibadah Korban Di Masjid Dan Surau WP Dibenarkan Mengikut Syarat – JAWI

Menghampiri Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sudah pun mengeluarkan kenyataan membenarkan pelaksanaan ibadah korban di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan secara bersyarat.

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata ia susulan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan ibadah korban di Wilayah Persekutuan bagi tahun ini.

Pun begitu, proses penyembelihan haiwan korban serta kerja melapah, pemotongan dan pembungkusan daging hanya dibenarkan dilaksanakan di lokasi ditetapkan.

Advertisement

“Lokasi berkenaan ialah Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta dilesenkan JPV, mengikut penyelarasan JAWI melalui Pejabat Pentadbiran Zon”

Pengagihan dibuat secara terus kepada peserta, fakir miskin berdasarkan senarai nama ditetapkan, petugas barisan hadapan dan golongan sasaran.

Gambar Hiasan

Mohd Ajib berkata, pelaksanaan ibadah korban di kawasan lapang, selain masjid dan surau di Wilayah Persekutuan juga dibenarkan dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT), JPV, JAWI dan pejabat kesihatan daerah (PKD).

Had kapasiti sembelihan korban pula tidak melebihi lima ekor sehari dan bilangan kehadiran termasuk petugas tidak melebihi 12 orang.

“Semua kebenaran ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan demi memastikan ibadah korban dapat dihayati dan kemaslahatan semua pihak sentiasa terpelihara”

Semoga semuanya dipermudahkan nanti ya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...