Ibadah Korban Boleh Dilaksana Dengan Cara Wakalah Iaitu Wakilkan Pihak Lain

Trending

Ibadah Korban Boleh Dilaksana Dengan Cara Wakalah Iaitu Wakilkan Pihak Lain

Meskipun negara berdepan situasi Covid-19, namun umat Islam masih lagi boleh melaksanakan ibadah korban dengan cara wakalah iaitu mewakilkan pihak lain untuk melaksanakannya.

Ahli Jawatankuasa Syariah Bank Rakyat, Profesor Madya Dr Azman Mohd Noor berkata, perkara itu bukannya halangan bagi umat Islam mengerjakan ibadah yang penting.

Malah, amat digalakkan oleh Rasulullah SAW serta amalan yang sangat baik pada Hari Raya Aidiladha. Dibawah ini merupakan maksud wakalah.

Advertisement

maksud walkalah

Azman berkata, dalam situasi pandemik Covid-19 yang dihadapi negara, mengerjakan ibadah korban dengan mengagihkan dagingnya sangat bermakna kepada mereka yang memerlukan bantuan makanan.

“Ketika keadaan umat Islam berdepan dengan pandemik yang mana ramai hilang pekerjaan, sumber pendapatan dan ramai tertekan bukan sahaja di Malaysia bahkan negara-negara lain.

Untuk memudahkan semua, Bank Rakyat turut menganjurkan program ibadah korban seperti lembu dan kambing di masjid atau di tempat sembelih yang dibenarkan.

Justeru, beliau berkata, mereka yang mahu mengerjakan ibadah korban boleh membuka Akaun Simpanan-i Tabung Qurban dengan hanya RM10.

Tabung Qurban

“RM10 sudah boleh buka Akaun Simpanan-i Tabung Qurban dan apabila sudah sampai RM800, kita boleh daftar dan bank akan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) atau menghubungi pemegang akaun tersebut untuk menawarkan ibadah korban”

Dalam fasa ini, pemegang akaun atau pendeposit boleh menyimpan duit mereka sedikit demi sedikit ke dalam akaun terbabit.

Ujar beliau, apabila ada Akaun Simpanan-i Tabung Qurban ini ia lebih membantu untuk masyarakat merancang untuk menyimpan.

Beliau pada masa sama turut memberikan jaminan bahawa simpanan Tabung Qurban untuk ibadah korban berkenaan adalah selamat.

Yang penting sekali pelaksanaan itu dilakukan dengan tepat, betul dan patuh Syariah.

Jom kita sama-sama daftar Tabung Qurban, serendah RM 10 je! Bak kata pepatah melayu, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...