“Ianya Bukan Satu Kerja Mudah..” Faezah Elai Kesal Mentaliti Buruk Masyarakat Terhadap Status Ibu Tiri

Hiburan

“Ianya Bukan Satu Kerja Mudah..” Faezah Elai Kesal Mentaliti Buruk Masyarakat Terhadap Status Ibu Tiri

Pelakon Faezah Elai meluahkan rasa kesal terhadap mentaliti sesetengah individu di luar sana yang memandang serong terhadap status ibu tiri.

Faezah yang juga memelihara tiga orang anak tiri daripada perkahwinan pertama suaminya, Heykal Hanifah, turut merasakan bahawa semua ibu tiri mempunyai taraf dan layak mendapat penghormatan seperti ibu kandung.

Advertisement

Dia meluahkan rasa kesal melalui coretan hati panjang lebar menerusi ruangan Instagram miliknya, baru-baru ini.’

View this post on Instagram

Very long caption for Stepparents.. Being a stepmom is not an easy job.. Misunderstood by society,the roll receives little recognition.. If something goes wrong with ur stepchildren,u are the one to be blame.. Society will say “Dok ngan mak tiri,mcm tu lah.. mana sama mcm dok ngan mak sendiri..mesti stress ngan mak tiri la tu” But if they succeed,all the credit will be given to the biological mother.. Depa akan kata “Look!! Even though she’s a single mom but she managed to educate her children.. how impressive!! Strong women!!” Walau hakikatnya anak2 dok ngan mak tiri.. ? What kinda mentality is this?? Ni bukan zaman cinderella mak tiri buat naya kt anak tiri.. Its 2020!! Lani anak2 tiri lg byk korey drp mak tiri,silap sikit viral.. . Dont get me wrong,i’m not talking about my life stories.. I’m blessed to have 3 stepchildren who are very understanding.. Yes.. indeed I have been taking care of my stepchildren since I got married.. I have a lot of respect for their mother’s feelings and because of that I never shared any pounds about my stepchildren because I was worried that their mother would be upset with them.. . Stepmoms deserve the same respect a mother would receive,they pour all of their time,energy and love into a child that they didn’t even create.. . So to all moms,if ur children have a stepmom that cares for them,u are one lucky mother!! Free ur child from loyalty.. tell them its ok to love ur stepparent..bukan cucuk anak suruh benci tp hg tk bela anak hg,mak tiri yg bela.. . So STEPMOMS remember this, anyone can be a mom.. it takes a fearless warrior to be a STEPMOTHER!! . BEING A MOTHER DOESNT REQUIRE BLOOD.. IT REQUIRES BEING THERE FOR SOMEONE U LOVE.. . P/s : mak tiri,jaga lah anak2 tiri tanpa mengharapkan apa2 bila ampa dh tua.. buat lah dgn ikhlas sbb klu mengharap,nanti sendiri kiciwa.. . #stepmomlife #stepparentsmatter #iamawarrior #proundstepmom #feelingblessed #alhamdulillah #faezahelai #iamastepmom #lovelovelove #positivevibes

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

“Menjadi seorang ibu tiri bukanlah kerja mudah. Sering disalah anggap oleh masyarakat dan tugas mereka ini hanya dihargai oleh segelintir sahaja. Kalau sesuatu terjadi terhadap anak tiri, ibu tiri akan disalahkan. Tapi jika mereka berjaya kredit diberikan kepada ibu kandung. Apa jenis mentaliti macam ni. Sekarang bukan zaman Cinderella mak tiri buat aniaya kat anak tiri,”

Pemilik nama Nor Faezah Md Elai,37, ini walau bagaimanapun berkata coretan hatinya sama sekali tidak berkisar mengenai apa yang terjadi dalam hidupnya kini.

Tambahnya lagi, dia masih menghormati akan kehadiran ibu kandung kepada anak-anak tirinya itu dan tidak pernah bercerita apa-apa yang boleh mengundang perkara yang tidak baik supaya tidak menimbulkan masalah.

View this post on Instagram

Nampak tenang kan? Tp hakikat nya,anak2 cheq dok lari bertempiaran rata cerok.. ?? I once heard an ustaz say, the real meaning of ‘Sabr’ is not just keeping quiet when we are reprimanded,but mendoakan yg baik2 utk depa ni.. Dlm erti kata lain,pi hemoi jugak lah walau depa dok baling taik.. Tp klu kata lebih 100 kali dia dok baling taik and 200 kali hg dok baling bunga,drp mula2 depa baling taik sbb sakit hati,lama2 depa jd syok pulak dok baling,dh jd seronok.. Kita pon tk lalu lah dok kena baling bunga,taik tkpa lah free.. bunga mahai woo.. So conclusionnya,dlm islam pon kata “ Even u forgive completely,but still choose the distance from that person to protect urself from unwanted harm or a repeat of what happened in the first place.. Forgiving doesn’t require u to embrace or interact with the once u forgave.. Don’t confuse the two.. – Mufti Menk . My skirt from @estrella.kl . #bungamahaisamamacamsabaq #ootd #faezahelaiootd #ootdfaezahelai #muslimahfashion #myfashion #fashion #hijabers #hijabi #hijabfashion #hijabstyle #faezahelai #lovelovelove #feelingblessed #alhamdulillah

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

Pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi itu juga turut menasihatkan golongan ibu yang mempunyai anak tiri agar tidak menanam perasaan benci dalam diri anak-anak yang dijaga mereka.

“Ibu tiri berhak dapat penghormatan yang sama seperti ibu kandung. Mereka bagi seluruh masa, tenaga dan kasih sayang kepada anak yang mereka tidak kandungkan. Oleh itu, kepada semua ibu, sekiranya anak-anak anda mempunyai ibu tiri yang menjaga mereka, anda adalah seorang ibu yang bertuah!”

Mengimbas kembali, Faezah Elai telah berkahwin dengan Heykal pada September 2011 yang lalu dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna,7, dan Aurora Heyrinna yang kini berusia 4 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...