Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamed mengulas mengenai satu video tular yang memaparkan fenomena di Air Terjun Lata Berangin, pagi Khamis.
Suzaimi Mohamed berkata sebaliknya ia adalah fenomena biasa apabila kawasan tersebut menerima hujan lebat, dan bukan fenomena kepala air seperti yang dikatakan oleh netizen.
Terdahulu, satu rakaman video tular di media sosial yang memaparkan keadaan Air Terjun Lata Berangin yang dianggap menakutkan.
Kawasan itu merupakan kawasan air terjun, apabila menerima kadar hujan yang tinggi air akan melimpah dengan lebih banyak berbanding keadaan biasa.
Video berdurasi 20 saat itu dimuat naik oleh pengguna di aplikasi TikTok dan Instagram.
Ia bukan fenomena kepala air.
@mohdadha17 #ditaja air sungai lato berangin mengganas..hk mno duk tepi ii sungai tu pakat beringat lah#ad #ditaja #fyp
Menurut individu yang merakam video tersebut, situasi berkenaan berlaku pada pukul 10.32 pagi, pada Khamis, 30 Disember.
Video air terjun tersebut meraih lebih 1.6 juta jumlah tontonan dan telah menimbulkan perasaan cemas buat netizen.
Baca: Kekurangan Kaunter Punca 500 Mangsa jemaah Terkandas – Khairy Jamaluddin