“Ia Untuk Keadilan & Hak Asasi Manusia..” – Thailand Bakal Jadi Negara Asean Pertama Iktiraf Perkahwinan Sejenis

Berita

“Ia Untuk Keadilan & Hak Asasi Manusia..” – Thailand Bakal Jadi Negara Asean Pertama Iktiraf Perkahwinan Sejenis

Baru-baru ini, Thailand dikhabarkan akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Bagi keadilan dah hak asasi manusia

Berita tersebut susulan Senat Thai yang telah meluluskan bacaan akhir Rang Undang-Undang (RUU) kesaksamaan perkahwinan pada 18 Jun. RUU itu mendapat undian daripada 130 senator yang menyokong manakala empat orang menentangnya dan 18 orang mengambil keputusan berkecuali.

Advertisement

Undang-undang kesaksamaan perkahwinan baru Thailand ialah kejayaan untuk keadilan dan hak asasi manusia.

Malah, Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian tersebut. Menurutnya, undang-undang tersebut bakal diluluskan dalam tempoh 120 hari lagi selepas RUU itu dibawanya untuk meminta perkenan diraja sebelum diwartakan.

Tukar perkataan jantina menjadi neutral

Di samping itu, versi akhir RUU itu turut menggantikan perkataan jantina dalam Kanun Sivil dan Komersial seperti suami, isteri, lelaki dan wanita kepada perkataan yang lebih neutral jantina.

Ia bagi membolehkan pasangan LGBTQ+ mendapat hak saksama khususnya yang melibatkan perkahwinan, kebajikan, pengambilan anak dan lain-lain.

Kerajaan Thailand kini mesti memberi tumpuan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang ini dengan pantas dan berkesan untuk melindungi hak LGBTQ+.

 

Kesaksamaan perkahwinan adalah asas kepada maruah manusia, dan adalah penting bagi Thailand melindungi hak-hak ini tanpa berlengah-lengah atau diskriminasi.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

khunsa
9 months ago

Pengarah Dedah Drama Khunsa Sebenarnya Dapat Sokongan JAKIM & Doktor Pakar - "Ini Bukan Isu LGBT, Transgender!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...