“Ia Sangat Terapeutik Dan Menenangkan” – Hamil Anak Ke-4, Natasha Hudson Tetap Aktif ‘Surfing’

Hiburan

“Ia Sangat Terapeutik Dan Menenangkan” – Hamil Anak Ke-4, Natasha Hudson Tetap Aktif ‘Surfing’

Pelakon dan model, Natasha Hudson yang kini hamil anak ke-4 dan usia kandungannya sudah pun memasuki trimester kedua.

Natasha yang menjadi isteri kepada lelaki pilihan, Muhammad Harits Jasmin atau Jay Jasmin sekitar setahun yang lalu mendedahkan bahawa dia masih mengamalkan gaya hidup aktif meskipun berbadan dua.

Advertisement

Dia juga sering berkongsi aktiviti hariannya di Instagram untuk tatapan peminat.

Natasha hudsonSumber : Instagram  

Jika anda tertanya-tanya, saya kembali ‘surfing’ dalam trimester kedua ini. Saya tidak fikir boleh keluarkan kekuatan ini dari dalam diri.

Kongsinya lagi, dia yang aktif bermain papan luncur ombak atau ‘surfing’ berasa sedikit berbeza gara-gara perut yang makin membesar namun tidak menganggap ia sebagai satu cabaran.

@natashahudsonofficial

Just another in Langkawi at Pantai Tengah with my surf school @wavewaysculture #fyp #fypmalaysia #tiktok #tiktokmalaysia #natashahudson #pulaulangkawi #langkawiisland #pantaitengah #langkawi #langkawipeople #surfinginlangkawi #surfergirl #malaysiansurfergirl #longboard #tourismmalaysia #visitlangkawi #kedah #visitkedah #surfer

? Ice Ice Baby – Vanilla Ice

Saya meletakkan semua tekanan pada dada melebihi dari perut dan kadang-kadang kayuh dengan lutut. Ia sangat terapeutik dan menenangkan.

Saya juga akan terus kekal aktif dan cergas bersama anak keempat dalam kandungan ini sehingga sampai saat melahirkan nanti.

Sekadar info, perkahwinan Natasha bersama Jay adalah perkahwinan kali kelimanya.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki tiga orang anak perempuan iaitu Neesa Helena, Naeema Kalila dan Faatimah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shiera ijoy
12 months ago

"Artis Paling Sikit Bayar Zakat" - Gelagat Shiera Ijoy & Che Ta Bayar Zakat Buat Netizen Terhibur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...