Sebelum ini, kecoh mengenai isu gelaran ‘Datuk’ palsu di kalangan para selebriti serta ahli perniagaan dikenali ramai. Suami kepada pelakon Fauziah Gous iaitu Datuk Zhafran Md. Yusof juga tidak terkecuali.
Susulan itu, pelakon Fauziah Gous sebagai isteri tampil mempertahankan kesahihan gelaran ‘Datuk’ suaminya dan memberitahu suami menerima gelaran berkenaan daripada pihak istana sebuah negeri sekitar tahun 2016.
Menurut dia, dakwaan itu tidak sepatutnya dibangkitkan kerana mereka mempunyai bukti watikah pelantikan yang membawa gelaran ‘Datuk’.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon berkenaan meminta individu yang mempertikaikan isu gelaran ‘Datuk’ suaminya untuk semak dengan pihak yang bertanggungjawab.
Saya bukan mendirikan rumah tangga dengan sugar daddy dan berkahwin dengan orang yang sama-sama mencari duit.
Tambahannya lagi, dia enggan mengulas dengan lebih lanjut kerana banyak perkara yang sensitif dan takut untuk membicarakannya kepada umum.
Sekadar info, gelaran suami kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Bazrul Zaman dibangkitkan oleh seorang individu di Facebook kerana tidak tersenarai dalam sistem istiadat.
Oleh kerana itu, nama suami Fauziah serta Datin Paduka Eina Azman turut terpalit dalam isu yang sedang hangat ini.