“Ia Merosakkan Kaki Anda” – Individu Dakwa Aktiviti Berjoging Adalah ‘Scam’ & Propaganda Yahudi

Kehidupan

“Ia Merosakkan Kaki Anda” – Individu Dakwa Aktiviti Berjoging Adalah ‘Scam’ & Propaganda Yahudi

Seorang lelaki menerusi satu hantaran media sosial mendakwa aktiviti berjoging adalah satu penipuan yang dirancang oleh Yahudi dalam menyebarkan propaganda mereka.

Lelaki itu dilihat melarang orang ramai untuk tidak berlari atau berjoging namun  menggalakkan aktiviti jalan kaki laju sebagai aktiviti yang lebih baik untuk kesihatan.

Advertisement

lelaki dakwa joging merosakkan kaki

Menurutnya, jenama kasut terkenal seperti Nike dan Adidas telah mencipta satu bentuk ‘scam’ di mana syarikat itu giat mempromosikan aktiviti jogging bagi memasarkan kasut keluaran mereka.

Tambah lelaki itu lagi, jogging dapat merosakkan kaki, tisu dan allignment badan manusia namun aktiviti berjalan laju lebih efektif dalam membakar lemak tepu serta menurunkan berat badan.

joging

Lelaki itu juga mendakwa aktiviti sukan lain seperti memanah, berenang, berbasikal dan menunggang kuda adalah lebih selamat.

Perkongsian itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi yang rata-ratanya menganggap dakwaan itu sebagai satu teori konspirasi dan tidak berlandaskan cerita dongeng semata-mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trneidng yang lain pada pautan di bawah.

Cik epal jofliam
3 months ago

Cik Epal Enggan Jaja Kisah Kemelut Rumah Tangga - "Aku Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Sangat Baik"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...