Gara-gara fitnah tentang kes rogol suaminya dan kegugurannya dikatakan kifarah, pengacara Hana Ismail akui ia membuatkan rumah tangganya terjejas.
Ketika ditemu bual, Hana berkata perkara yang berlaku telah menimbulkan syak wasangka terhadapnya dan turut berlaku pergaduhan di antaranya dan Syed disebabkan isu terbabit.
Jadi, saya memang duduk dan bertafakur dan bermuhasabah. Hakikatnya semua rumah tangga memang ada ujian.
Dalam pada itu, Syed turut meluahkan syukur kerana dikurniakan isteri yang solehah dan selalu memberikannya semangat dan motivasi.
Tambah Syed, ketika mahu menghalalkan hubungan dia sendiri bertanya kepada bapa Hana dan bercakap tentang kes mahkamah yang belum selesai.
Alhamdulillah ayah dia merestui perkahwinan kami. Jadi, kami kahwin. Tiba-tiba tup tup ada lagi (fitnah).
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, warganet memuji Hana kerana bijak menyusun ayat dan lancar serta jelas berkata-kata namun segelintir dilihat mengkritik cara pemakaian Syed yang disifatkan tidak sesuai untuk seseorang yang bergelar Da’i.